Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

13 Januari 2017

Ulasan Tahunan Khazanah ke-13 (KAR 2017)

Khazanah mencatatkan keuntungan dan prestasi daya tahan yang lebih kukuh pada 2016

Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 32%, daya tahan dan penciptaan nilai jangka panjang kekal utuh

Sorotan:

  • Berlatarbelakangkan persekitaran yang tidak menentu bagi pasaran ekuiti dan mata wang, Khazanah mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (belum diaudit) lebih kukuh pada tahun 2016, meningkat 32% kepada RM1.56 bilion daripada RM1.18 bilion pada 2015.

  • Sejajar dengan kelemahan penanda aras untuk pasaran ekuiti dan mata wang, Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) bagi portfolio susut sedikit, mencatatkan penurunan tidak nyata sebanyak 6.4% kepada RM101.9 bilion setakat 31 Disember 2016 (2015: RM108.9 bilion). Walau bagaimanapun, penciptaan nilai jangka panjang kekal kukuh dengan NWA meningkat 3.1 kali ganda atau 9.3% kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) setiap tahun, bagi tempoh Mei 2004 hingga 31 Disember 2016, dengan portfolio yang berkualiti tinggi dengan Perlindungan Aset sebanyak 2.9 kali1

  • Meneruskan fokus yang kukuh kepada penciptaan nilai kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan untuk jangka panjang

  • Sorotan untuk tahun 2016 termasuklah sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia dan tumpuan yang berterusan untuk pelaburan pemangkin domestik; pelancaran pejabat antarabangsa kelima Khazanah di London dan inisiatif pengantarabangsaan berperingkat bagi portfolio Khazanah secara berterusan, terutamanya dalam bidang inovasi dan teknologi; dan penambahbaikan berterusan syarikat-syarikat teras berkaitan Khazanah sebagai juara di arena domestik dan di peringkat serantau.

  • Lebih daripada RM150 juta dibelanjakan untuk aktiviti tanggungjawab korporat pada 2016, khususnya menerusi Yayasan Hasanah serta sokongan bagi program latihan SL1M, dengan perbelanjaan terkumpul dan peruntukan kira-kira RM3.9 bilion sepanjang 2006-2016.

  • Kira-kira RM10.6 bilion dividen dan cukai dibayar kepada kerajaan sepanjang 2004-2016.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah ke-13 (“KAR 2017”), yang mencatatkan keupayaan berdaya tahan dan kemajuan jangka panjang dari segi prestasi kewangan, strategik dan pengagihan nilai.

Tan Sri Azman Hj. Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah berkata: “Khazanah merekodkan prestasi yang menguntungkan dan berdaya tahan pada tahun 2016, sungguhpun berhadapan dengan persekitaran ekonomi global yang mencabar dan tidak menentu yang menjejaskan penanda aras teras bagi pasaran dan mata wang. Walaupun keadaan pasaran global dan pasaran ekuiti dan mata wang lemah terutamanya bagi ekonomi membangun, kekuatan asas dan kualiti portfolio kami menjamin penciptaan nilai jangka panjang yang kekal utuh. Keuntungan Sebelum Cukai kami, walaupun secara relatifnya agak sederhana dari segi mutlak, adalah 32% lebih kukuh pada 2016 berbanding tahun sebelumnya. Apa yang penting, banyak pengurusan risiko dan langkah-langkah berhemat telah dilaksanakan selama ini, membolehkan portfolio menjadi kuat dan berdaya tahan yang membolehkan kami menangani ketidaktentuan jangka pendek dan juga sederhana, dan terus memfokuskan kepada penciptaan nilai jangka panjang, seperti mana yang telah kami lakukan sejak sedekad lalu.”

1. Prestasi Kewangan

  1. Penciptaan nilai jangka panjang

  2. Khazanah mencatatkan peningkatan 32% bagi Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) yang belum diaudit sebanyak RM1.56 bilion (2015: RM1.1.8 billion), dengan PBT terkumpul sejak Mei 2004 berjumlah RM25.08 bilion. Khazanah juga mengisytiharkan dividen RM650 juta pada tahun 2016, dengan jumlah dividen yang diisytiharkan sejak Mei 2004 mencecah RM9.11 bilion. Cukai yang dibayar pada 2016 berjumlah RM123 juta, yang menjadikan jumlah cukai yang dibayar sejak 2004 kepada RM1.55 bilion.

    Nilai Aset Boleh Direalisasi2 (“RAV”) bagi portfolio berjumlah RM145.1 bilion pada 31 Disember 2016, berkurangan RM5.1 bilion atau 3.4% daripada RM150.2 bilion pada 31 Disember 2015. Nilai Bersih Dilaraskan3 (“NWA”) berjumlah RM101.9 bilion pada 31 Disember 2016, berkurangan RM7.0 bilion atau 6.4% daripada RM108.9 bilion pada 31 Disember 2015.

    Sungguhpun tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar, aliran meningkat portfolio keseluruhan Khazanah sejak Mei 2004 masih tidak terjejas. Sepanjang tempoh Mei 2004 hingga 31 Disember 2016, RAV meningkat RM94.2 bilion kepada RM145.1 bilion atau 2.8 kali ganda pada 31 Disember 2016 (Mei 2004: RM50.9 bilion), manakala NWA meningkat RM68.6 bilion kepada RM101.9 bilion atau 3.1 kali ganda dalam tempoh yang sama (Mei 2004: RM33.3 bilion). Ini diterjemahkan kepada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) RAV sebanyak 8.6% setiap tahun (“p.a.”) dan CAGR NWA 9.3% setiap tahun. Sementara itu, lindungan RAV (asset berbanding liabiliti) kekal kukuh pada 2.9 kali ganda. Nisbah berhemat utama ini memberikan kedudukan yang secara relatifnya kukuh untuk Khazanah maju ke tahun yang dijangka akan menyaksikan ketidaktentuan yang berterusan.

    Sungguhpun tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar, aliran meningkat portfolio keseluruhan Khazanah sejak Mei 2004 masih tidak terjejas. Sepanjang tempoh Mei 2004 hingga 31 Disember 2016, RAV meningkat RM94.2 bilion kepada RM145.1 bilion atau 2.8 kali ganda pada 31 Disember 2016 (Mei 2004: RM50.9 bilion), manakala NWA meningkat RM68.6 bilion kepada RM101.9 bilion atau 3.1 kali ganda dalam tempoh yang sama (Mei 2004: RM33.3 bilion). Ini diterjemahkan kepada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) RAV sebanyak 8.6% setiap tahun (“p.a.”) dan CAGR NWA 9.3% setiap tahun. Sementara itu, lindungan RAV (asset berbanding liabiliti) kekal kukuh pada 2.9 kali ganda. Nisbah berhemat utama ini memberikan kedudukan yang secara relatifnya kukuh untuk Khazanah maju ke tahun yang dijangka akan menyaksikan ketidaktentuan yang berterusan.

    Sungguhpun tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar, aliran meningkat portfolio keseluruhan Khazanah sejak Mei 2004 masih tidak terjejas. Sepanjang tempoh Mei 2004 hingga 31 Disember 2016, RAV meningkat RM94.2 bilion kepada RM145.1 bilion atau 2.8 kali ganda pada 31 Disember 2016 (Mei 2004: RM50.9 bilion), manakala NWA meningkat RM68.6 bilion kepada RM101.9 bilion atau 3.1 kali ganda dalam tempoh yang sama (Mei 2004: RM33.3 bilion). Ini diterjemahkan kepada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) RAV sebanyak 8.6% setiap tahun (“p.a.”) dan CAGR NWA 9.3% setiap tahun. Sementara itu, lindungan RAV (asset berbanding liabiliti) kekal kukuh pada 2.9 kali ganda. Nisbah berhemat utama ini memberikan kedudukan yang secara relatifnya kukuh untuk Khazanah maju ke tahun yang dijangka akan menyaksikan ketidaktentuan yang berterusan.

  3. Aset portfolio yang berkualiti tinggi

  4. Daya tahan dirangsang oleh prestasi positif daripada beberapa syarikat pelaburan utama. Dari segi pergerakan NWA tahun-ke-tahun4. keuntungan portfolio disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (+RM1.5 bilion), CIMB Group Holdings Berhad (+RM600 juta), UEM Group Berhad (+RM400 juta), dan Alibaba Group Holding Ltd (+RM300 juta), manakala penurunan portfolio adalah disebabkan oleh sektor telekomunikasi (-RM5.8 bilion), sektor penerbangan (-RM900 juta) dan IHH Healthcare Berhad (-RM800 juta). Dari segi pecahan RAV mengikut sektor pada tahun 2016, lima komponen portfolio terbesar adalah sektor media & komunikasi (17.8%), penjagaan kesihatan (16.2%), tenaga (15.7%), perkhidmatan kewangan (15.3%) dan hartanah (11.0%).

    Pada tahun 2016, Khazanah melaksanakan pelaburan berjumlah RM6.9 bilion, termasuk 17 pelaburan baharu, dan 13 pelupusan yang menghasilkan keuntungan berjumlah RM4.7 bilion, dengan keuntungan daripada pelupusan yang berjumlah RM2.6 bilion. Daripada tahun 2004 hingga tahun 2016, Khazanah telah melaksanakan 161 pelaburan yang bernilai RM81.6 bilion dan 90 pelupusan yang membawa keuntungan sebanyak RM52.8 bilion, dengan keuntungan keseluruhan berjumlah RM24.9 bilion.

2. Prestasi Strategik dan Operasi

Meskipun persekitaran operasi yang mencabar, 2016 menyaksikan pelaksanaan mandat strategik Khazanah yang berterusan untuk memacu pertumbuhan, penciptaan serta pengagihan nilai. Ini termasuk menyokong pertumbuhan domestik, memacu usaha pengantarabangsaan, termasuk dalam kalangan syarikat pelaburan, serta mengekalkan tumpuan kepada inovasi dan teknologi.

  1. Memacu pertumbuhan domestik

  2. Iskandar Malaysia menyambut ulang tahun ke-10 pada 2016, membuktikan pembangunan berterusan di peringkat domestik. Terdapat kemajuan lanjut dalam pelaburan pemangkin bagi sektor riadah & pelancongan, pendidikan, kesihatan, pembangunan hartanah, peyumberan luar proses perniagaan (“BPO”) dan industri kreatif. Secara keseluruhan, Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan terkumpul yang telah diikrarkan berjumlah RM218.8 bilion dari permulaan tahun 2006 hingga September 20165. Syarikat pelaburan Khazanah terus terlibat dalam projek domestik utama, termasuk pelancaran KLIA Aeropolis oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (“MAHB”) dan pelan penambahbaikan jalur lebar oleh Telekom Malaysia Berhad (“TM”). Dalam bidang kewangan Islam, Khazanah terus memainkan peranannya untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam, dengan terbitan Sukuk USD750 juta dan Sukuk boleh ubah USD399 juta kepada saham Beijing Enterprises Water Group Limited.

  3. Memanfaatkan teknologi dan inovasi

  4. Khazanah terus melancarkan strategi pengantarabangsaannya dengan pembukaan rasmi pejabat Khazanah Europe Investment Ltd (KEIL) di London oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Mei 2016. Pejabat KEIL mengukuhkan lagi kehadiran antarabangsa Khazanah di samping pejabat di Beijing, Mumbai, Istanbul dan San Francisco. Sejajar dengan itu, Khazanah juga melabur dalam sektor inovasi dan teknologi di Amerika Syarikat, United Kingdom, India, China dan Singapura. Fokus kukuh yang berterusan dalam bidang inovasi dan teknologi dijana terutamanya oleh pulangan yang dikitar semula daripada pelaburan dalam Alibaba Group Holding Ltd. Ini menekankan mandat Khazanah sebagai sebuah dana pelaburan strategik yang mencipta nilai jangka panjang untuk negara melalui pelbagai sumber, termasuk memanfaatkan pembaharuan (disruption) dalam bidang kreatif dan inovasi dengan memainkan peranan sebagai “Dana Usaha Niaga Nasional”6

  5. Meneruskan agenda serantau di kalangan syarikat pelaburan

  6. Syarikat-syarikat pelaburan Khazanah juga meluaskan kehadiran antarabangsa masing-masing, antaranya:

    • Pengambilalihan Tokuda Group dan City Clinic Group di Bulgaria oleh IHH Healthcare Berhad (“IHH”); pembangunan sebuah hospital baharu di Myanmar; perkongsian dengan Taikang Insurance Group Inc di China; dan usaha sama oleh Parkway Pantai, anak syarikat IHH untuk membina hospital di China.

    • Pengambilalihan 30% kepentingan dalam GAMA Enerji di Turki dan 30% kepentingan dalam GMR Energy Ltd di India oleh Tenaga Nasional Berhad dimuktamadkan.

    • Pengambilalihan Ncell Private Limited di Nepal oleh Axiata dimuktamadkan serta penggabungan Robi Axiata Limited dan Airtel Bangladesh Ltd di Bangladesh.

    • Perkongsian strategik antara CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) dan China Galaxy Securities CO. Ltd di China, dan penerimaan lesen perbankan bagi CIMB Bank (Vietnam) Limited di Vietnam.

    • Pengambilalihan Asia Integrated Facility Solutions Pte Ltd di Singapura oleh UEM Edgenta Bhd

    • Pelancaran Themed Attraction Resorts & Hotels Sdn Bhd oleh Kidzania Singapura.

    Secara keseluruhannya, Malaysia kekal sebagai komponen terbesar portfolio Khazanah pada 2016, kira-kira 54.9% daripada RAV mengikut pendedahan geografi7. manakala pelaburan di luar negara menyumbang selebihnya.

  7. d. Pemulihan Malaysia Airlines berada di landasan yang betul

  8. Sementara itu, terdapat kemajuan yang stabil dan berterusan dalam pelaksanaan 12-bidang utama Pelan Pemulihan MAS yang berjangka masa lima tahun, yang mana selepas 28 bulan pelaksanaannya, pelan ini berada di landasan yang betul dan mengikut jadual. Kejayaan utama pada tahun 2016 termasuk pelantikan Peter Bellew untuk menerajui Malaysia Airlines Berhad (“MAB”), pembentukan Malaysia Aviation Group dan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

3. Pengagihan Nilai dan Inisiatif Pembinaan Negara

  1. Memberikan pulangan kepada masyarakat

  2. Khazanah terus memberikan pulangan kepada masyarakat melalui usaha tanggungjawab korporatnya (“CR”) yang diterajui oleh Yayasan Hasanah (“YH”), sebuah yayasan di bawah Khazanah yang mempunyai endowmen berjumlah RM3 bilion untuk menumpukan kepada lima bidang utama: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Warisan dan Kebudayaan; serta Ilmu Pengetahuan. Secara keseluruhannya, Khazanah dan YH secara kolektif membelanjakan kira-kira RM900 juta untuk inisiatif CR sejak 2006, termasuk RM89 juta untuk program Khazanah-Skim Latihan 1 Malaysia sejak 2015.

  3. Pembangunan modal insan dan menggalakkan keterangkuman sosial

  4. Dalam sektor pendidikan, 21 sekolah amanah telah dilancarkan pada 2016 di bawah Program Sekolah Amanah, Yayasan AMIR (“YA”), menjadikan 83 sekolah kesemuanya di 10 negeri setakat ini. YA adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Khazanah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah melalui perkongsian awam-swasta dengan Kementerian Pendidikan. Sementara itu, Yayasan Khazanah (“YK”) memperkenalkan dua biasiswa baharu, Rhodes Scholarship, dengan kerjasama Yayasan Khazanah dan Biasiswa Chevening-Khazanah tahun lalu. Pada tahun 2016, Yayasan Khazanah menganugerahkan 114 biasiswa menerusi pelbagai program biasiswa dan secara keseluruhannya menganugerahkan sejumlah 649 biasiswa sejak 2006. Selain itu, seramai 5,160 graduan telah dilatih di bawah program Khazanah- SL1M sejak 2015.

    Inisiatif keterangkuman sosial lain yang dilancarkan pada 2016 termasuk projek pembangunan semula bandar di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Butterworth dan George Town oleh Think City Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah. Selain itu, pembangunan dan promosi ruang awam yang berterusan, termasuk pelancaran Projek Taman Tugu, sebuah taman rimba dalam bandar di tengah-tengah Kuala Lumpur yang sedang dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta-komuniti. Sementara itu, Khazanah memperuntukkan RM71 juta untuk inisiatif pembangunan sosial di Iskandar Malaysia, dalam bidang rumah mampu milik, pembangunan kapasiti, pembangunan keusahawanan dan peningkatan kebolehhunian.

  5. Meneruskan sumbangan kepada transformasi negara

  6. Sebagai sebahagian daripada mandat untuk mencipta nilai yang lestari agar berdaya saing di peringkat global, Khazanah terus menyokong pembentukan dasar Kerajaan melalui platform pada 2016, termasuk Agenda Pemerkasaan Bumiputera (“BEA”), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (“TERAJU”), Jawatankuasa Khas Ekonomi, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (“PEMANDU”), Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (“MaGiC”), Talent Corporation Malaysia Berhad (“TalentCorp”), dan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global.

  7. Memudahcara penggubalan dasar awam & pembangunan ilmu pengetahuan

  8. Sementara itu, Khazanah terus menyokong pembentukan dasar Kerajaan dan mengukuhkan hubungan merentasi rangkaian pengetahuan global. Kejayaan utama pada 2016 adalah penerbitan “State of Households II” oleh Khazanah Research Institute (“KRI”), yang mengkaji data terkini tentang keadaan isi rumah di Malaysia dan “Climbing the Ladder: Socio-economic Mobility in Malaysia”, yang mengkaji mobiliti sosial antara generasi di Malaysia termasuk mobiliti pendidikan dan pekerjaan. Siri kedua belas Khazanah Megatrends Forum 20158, juga dianjurkan dengan tema “Geografi as Destiny?”, menumpukan kepada lokasi, persekitaran dan demografi dalam perihal ekonomi-politik. Khazanah Global Lecture9 yang kedua belas pula menonjolkan Dr. Jane Goodall, seorang etologis tersohor dunia, ahli pemuliharaan dan utusan keamanan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyampaikan syarahan bertajuk “Caring for the Earth: Reasons for Hope”.

4. Tinjauan bagi 2017

Persekitaran perniagaan dan keadaan pasaran global yang tidak menentu, kompleks serta tidak jelas dijangka akan berterusan pada 2017. Khazanah terus memacu penciptaan nilai jangka panjang, pembangunan portfolio berkualiti tinggi dan berdaya tahan, penciptaan nilai holistik dari segi kewangan, ekonomi dan masyarakat serta memperkukuhkan integriti serta tadbir urus institusi.

TAMAT

[1] Aset berbanding liabiliti

[2] Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang. Jika harga pasaran tiada, anggaran konservatif nilai digunakan

[3] RAV kurang Jumlah Liabiliti dan diselaraskan untuk mengukur nilai yang dicipta

[4] Sila lihat “Penguraian Pergerakan NWA Portfolio” dalam risalah Ulasan Tahunan Khazanah ke-13yang disediakan

[5] Sumber: Iskandar Regional Development Authority

[6] Sila lihat kajian kes dalam Laporan Khazanah 2015, “Usaha ke arah Membiayai Inovasi dan Teknologi” di muka surat 86-89

[7] Anggaran nilai diagihkan mengikut negara di mana syarikat pelaburan beroperasi

[8] Sila rujuk laman web Khazanah Megatrends Forum, www.kmf.com.my untuk maklumat lanjut

[9] Sila rujuk laman web Khazanah Global Lecture, www.kgl.com.my untuk maklumat lanjut



Siaran Akhbar Lain
24 Ogos 2022

Galeri Khazanah menyumbang kepada misi Memajukan M...

Selanjutnya  

6 Julai 2022

Pelaburan Khazanah di Türkiye Bukti Hubungan Dua ...

Selanjutnya  

10 Jun 2022

Khazanah lancar rangka kerja dan sasaran kemampana...

Selanjutnya  

5 Jun 2022

Khazanah sambut Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman...

Selanjutnya  

20 Mei 2022

Khazanah jalin hubungan strategik untuk jadikan Ce...

Selanjutnya  

15 April 2022

Khazanah raih RM535.5 juta hasil daripada penempat...

Selanjutnya  

2 Mac 2022

Khazanah terus tingkatkan nilai portfolio, umum st...

Selanjutnya  

20 Disember 2021

Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta un...

Selanjutnya  

29 Oktober 2021

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 September 2021

Khazanah raih RM664.5 juta hasil penempatan saham ...

Selanjutnya