Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan kerjasama World Economic Forum, lancar Laporan Komuniti bertajuk “Mobilizing Investments for Clean Energy in Malaysia”

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dan Khazanah Research Institute (“KRI”) dengan kerjasama World Economic Forum yang disokong oleh Accenture, hari ini melancarkan Laporan Komuniti bertajuk “Mobilizing Investments for Clean Energy in Malaysia”.

Laporan Komuniti itu adalah sebahagian daripada inisiatif World Economic Forum untuk menggerakkan pelaburan tenaga bersih dalam ekonomi baru muncul, yang mengetengahkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan persekitaran kawal selia dan dasar, serta penyelesaian bukan dasar (non-policy solutions) untuk memudahkan pelaburan tenaga bersih di Malaysia, dari perspektif kumpulan kerja awam-swasta yang terdiri daripada pihak berkepentingan dalam industri berkaitan, sektor kewangan dan akademik di Malaysia dan antarabangsa.

Laporan Komuniti itu telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri YB Liew Chin Tong, bersama Timbalan Ketua Setiausaha Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Mohamad Razif Haji Abd Mubin; Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir; Pengerusi KRI, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengarah Urusan, World Economic Forum, Jeremy Jurgens; Ketua Strategi Utiliti Global Accenture, Dr Miguel G. Torreira dan Ketua Pelaburan Malaysia, Khazanah, Datuk Amran Hafiz Affifudin.

Dato’ Amirul Feisal berkata, “Agenda tenaga bersih memerlukan usaha bersama daripada semua pihak berkepentingan – penggubal dasar, pemain industri, ahli akademik dan para pelabur – dengan satu matlamat untuk memacu inisiatif tenaga bersih negara dan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia. Penambahbaikan dasar dan penyelesaian yang didorong oleh sektor swasta boleh bergerak seiring untuk menarik pelaburan dalam empat bidang tumpuan utama yang dikenal pasti dalam Laporan Komuniti ini. Dengan memanfaatkan lagi inisiatif Grid Tenaga ASEAN (“APG”), Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi hab tenaga bersih di rantau ini.”

Kumpulan kerja awam-swasta yang telah dinyatakan telah mengenal pasti empat bidang tumpuan utama pelaburan khusus untuk Malaysia, iaitu tenaga solar dan penyimpanan, projek bebas arang batu, transmisi dan pengedaran, dan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (“CCUS”), dengan matlamat menyeluruh untuk menyokong sasaran bersih sifar negara di samping mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (“RE”) dan membolehkan kemajuan inisiatif-inisiatif yang diumumkan di bawah pelbagai dasar dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (“NETR”).

Jeremy Jurgens berkata, “Komitmen Malaysia terhadap peralihan tenaga bersih dan masa depan bersih sifar harus dipuji. Kami berasa bangga bekerjasama dengan para pemimpin kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil untuk mengetengahkan dasar-dasar utama dan penyelesaian bukan dasar yang dapat membantu menempatkan negara sebagai destinasi pilihan untuk modal tenaga bersih. Kami berharap pandangan yang diketengahkan hasil daripada inisiatif ini dapat menyokong lagi usaha-usaha peralihan tenaga di Malaysia dan rantau ASEAN.”

Penyelesaian bukan dasar yang dikenal pasti oleh kumpulan kerja untuk mempercepatkan pembiayaan bagi sektor tenaga bersih Malaysia turut dibincangkan, termasuk Zon Tenaga Boleh Diperbaharui (“REZ”), langganan solar kediaman, memanfaatkan kumpulan modal baharu untuk tenaga bersih dan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Dalam beberapa bulan akan datang, institusi-institusi tempatan akan menerajui penyelesaian-penyelesaian yang dicadangkan, antaranya seperti yang diketengahkan dalam Laporan Komuniti yang boleh dimuat turun di sini.

Khazanah komited terhadap pembangunan industri hijau dan pelaburan tenaga bersih Malaysia. Penyelesaian REZ, yang dibentangkan dalam laporan komuniti itu, adalah salah sebuah daripada 10 projek pemangkin utama yang diumumkan di bawah Fasa 1 NETR, yang akan diterajui oleh Khazanah. Anak syarikat milik penuh Khazanah, UEM Group baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membangunkan Taman Perindustrian RE yang disepadukan dengan Loji Jana Kuasa Solar Fotovoltaik (“PV”) hibrid satu (1) gigawatt (“GW”) di Malaysia, yang akan menyaksikan penyertaan entiti tempatan dan juga para pelabur luar.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya