Pendekatan Kami

Kami mengambil pendekatan menyeluruh terhadap Kemampanan – meliputi cara kami berkelakuan sebagai pelabur serta cara organisasi menjalankan kerja harian kami. Pendekatan kami direka bentuk untuk menjadi holistik dan memfokuskan pada isu yang paling memberi kesan kepada kami dan portfolio kami dari sudut perniagaan.

Sebagai Pelabur Bertanggungjawab

Khazanah memastikan portfolio kami melalui peralihan yang saksama, mencipta impak yang mampan menerusi pengurusan risiko ESG dan pengenalpastian peluang penciptaan nilai.

Sebagai Organisasi Mampan

Khazanah memperkasakan kakitangan kami untuk memperjuangkan tingkah laku yang bertanggungjawab sebagai golongan profesional.

Sebagai Warga Korporat yang Baik

Khazanah terus memangkin perubahan positif terhadap persekitaran dan sekeliling masyarakat, untuk pengagihan nilai ke arah masa depan negara yang lebih baik.

Pelaburan Mampan

  • Sebagai pelabur yang bertanggungjawab, kami komited dalam menjanakan hasil keluaran yang positif melalui aktiviti pelaburan kami selain memastikan peralihan yang saksama dan bertanggungjawab untuk syarikat-syarikat penerima pelaburan apabila mereka memulakan usaha Kemampanan masing-masing. Hal ini boleh dicapai dengan sokongan syarikat-syarikat kami melalui penglibatan pemegang saham yang aktif secara berterusan. Pada tahap pengoperasian, Khazanah telah melaksanakan pengintegrasian pertimbangan ESG dalam semua proses pelaburan yang memerlukan keputusan, iaitu:
    • Penilaian peluang pelaburan
    • Mengawal selia portfolio dan tahap syarikat
    • Mengenal pasti tema Kemampanan sebagai sebahagian daripada penciptaan nilai

Kemampanan Perusahaan

  • Khazanah telah membentuk Kumpulan Kerja Kemampanan (SWG), suatu inisiatif merentasi syarikat yang akan mentransformasi bagaimana kami bertindak sebagai sebuah organisasi, menggabungkan prinsip Kemampanan dalam setiap perkara yang kami lakukan dan usaha ke arah:
    • Pengurangan keluaran pelepasan karbon kami
    • Pengurangan bahan buangan oleh kakitangan kami dan penggalakan kitar semula
    • Meningkatkan Sosial serta dasar dan amalan berteraskan manusia (cth. kepelbagaian dan keterangkuman, kesukarelawanan)