Kerangka dan Sasaran Kami

Pendekatan Khazanah terhadap Kemampanan digariskan melalui Kerangka Kemampanan kami, berteraskan bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”).

Isu-isu material yang relevan kepada Khazanah:

Pelepasan
Karbon
Gas rumah hijau mutlak (GHG)/pelepasan karbon yang dikaitkan dengan operasi syarikat (langsung atau tidak langsung) atau portfolio pelaburan
Kerentanan
Perubahan Iklim
Pendedahan terhadap risiko fizikal berkaitan iklim seperti banjir, kebakaran hutan, kekurangan air, dan bencana alam lain serta risiko peralihan seperti perubahan dasar untuk menanganiperubahan iklim, perubahan dalam keutamaan pasaran apabila dunia bergerak ke arah masa depan berkarbon rendah, yang berpotensi menyebabkan aset terkandas.
Tenaga Kerja Penglibatan dan layanan pekerja, termasuk imbuhan, faedah & kebajikan (cth. keadaan hidup kakitangan, buruh paksa dan kanak-kanak, pengambilan faedah yang adil, layanan yang saksama terhadap kakitangan)
Kesihatan &
Keselamatan Tempat Kerja
Pengurusan isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja yang timbul sewaktu operasi, termasuk dasar & prosedur yang mencukupi, penyediaan PPE yang lengkap, persekitan kerja yang selamat
Peluang yang Adil
dan Saksama
Penyediaan akses dan peluang kepada produk dan perkhidmatan yang adil dan saksama merentas kumpulan yang berbeza dalam masyarakat (cth. akses kepada infrastruktur asas seperti utiliti, penjagaan kesihatan, ketersambungan digital, pengangkutan, makanan dan tempat tinggal)
Kepelbagaian dan
Inklusif
Menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman tanpa sebarang bentuk diskriminasi terhadap individu, menyokong kepelbagaian kaum dan jantina, serta akses tanpa berat sebelah kepada peluang untuk individu merentasi perlbagai latar belakang dan kumpulan pendapatan (termasuk bukan warga Malaysia yang bekerja di Malaysia)
Pendedahan Kawal
Selia
Pematuhan kepada undang-undang yang relevan yang kadangkala merumitkan, dasar dan peraturan yang berkaitan untuk industri dan syarikat berkaitan di negara tuan rumah
Komposisi
Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada pengarah yang berpengalaman, berkelayakan dan sesuai untuk tujuan yang tidak bercanggah dan mempunyai kapasiti untuk membimbing syarikat mencapai kejayaan jangka panjang demi kepentingan terbaik pemegang saham dan syarikat.
Pengaruh
Politik
Penglibatan dalam tindakan, polisi, atau keputusan, selalunya pegawai kerajaan, penggubal undang-undang atau anggota agensi kawal selia, oleh ahli politik atau individu yang mempunyai kaitan politik, dan dengan itu tertakluk kepada perubahan apabila terdapat perubahan pada situasi/persekitaran politik
Hak Pemegang
Saham
Struktur pemilikan ekuiti dan potensi kesannya setara dengan hak pemegang saham dan kepentingan pelabur lain
Ganjaran Lembaga
Pengarah dan
Eksekutif
Ganjaran digubal bagi mengatasi masalah utama yang wujud dalam syarikat dan diselaraskan mengikut kepentingan pengurusan dan pemegang saham. Ia harus adil, telus dan sepadan dengan masa, kemahiran, keberkesanan dan saiz & prestasi syarikat.
Privasi dan
Keselamatan Data
Pengumpulan dan penggunaan data peribadi & kewangan (termasuk pelanggan & pekerja), perlindungan privasi dan terdedah kepada pelanggaran data

Kerangka Kemampanan Kami

Kami juga komited mengikuti sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang yang berikut merentasi bidang E, S dan G, sebagai panduan dan fokus kepada usaha Kemampanan kami untuk masa akan datang. Kesemua sasaran ini dikenal pasti untuk selaraskan dengan aspirasi Khazanah bersama pihak berkepentingan kami, termasuk Kerajaan Malaysia, dan juga institusi-institusi negara lain. Walau bagaimanapun, kami mengakui skop ESG yang kian berkembang dan kami akan menyesuaikan sasaran dan tindakan yang wajar bagi memastikan perkara ini kekal relevan untuk jangka panjang.

Sasaran Kemampanan