Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat awam berhad dan memulakan operasi setahun kemudian. Semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, sebuah badan yang ditubuh bawah Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957, kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Membangunkan dalam konteks ini adalah untuk mempertingkatkan nilai pelaburan secara mampan di samping memelihara modal
yang disuntik. Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang merentas beberapa generasi dan memastikan keupayaan generasi akan
datang dapat memenuhi keperluan mereka. Kekayaan merujuk kepada nilai aset kewangan Khazanah dan hasil pembangunan ekonomi
untuk negara. Kami memenuhi mandat yang diberikan menerusi dua objektif pelaburan.
Membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber hasil untuk negara
Memegang aset strategik yang menjamin manfaat ekonomi jangka panjang
![]() |
IntegritiKami bertindak secara betul setiap kali. Kami berpegang pada tadbir urus yang baik dan beroperasi secara beretika serta sentiasa mematuhi peruntukan dan prinsip undang-undang. |
||||
![]() |
Kerja BerpasukanKami menggalakkan kerja berpasukan di semua peringkat dan aktiviti, serta sentiasa berkongsi idea dan pengetahuan ke arah mencapai matlamat yang sama. |
||||
![]() |
Saling MenghormatiKami menghargai perbezaan yang wujud serta melayan semua pihak dengan penuh hormat seperti mana layanan yang kami harapkan daripada mereka. |
||||
![]() |
TekunKami memberikan sepenuh perhatian dan komitmen terhadap setiap tugasan dan segera menangani setiap perkara. |
||||
![]() |
ProfesionalismeKami bertanggungjawab atas segala tindak-tanduk kami. Kami sentiasa berpegang pada janji dan mengotakan kata. |