Di Khazanah Nasional Berhad, kami bertujuan untuk membentuk generasi pemimpin seterusnya melalui KGTP kami. Latihan akan berdepan dengan cabaran dan terdedah kepada pelbagai fungsi, industri, dan bidang dalam persekitaran yang dinamik, kompetitif, dan pantas. Ini menjanjikan kerjaya yang merangsang dan memuaskan.
Terdapat dua jenis Program Latihan Siswazah:
Anda berpeluang untuk terlibat dalam perniagaan utama Khazanah dengan menyertai bahagian Pelaburan, yang mana anda akan menjalani program intensif selama 12 bulan untuk mempersiapkan diri anda menjadi seorang penganalisis Pelaburan.
Jadilah sebahagian daripada pasukan yang menggalakkan pemikiran kerjasama antara IT dan perniagaan, mempercepatkan pengetahuan dan budaya digital di seluruh organisasi, serta memberdayakan individu untuk menggunakan data secara produktif semasa Khazanah memulakan perjalanan transformasi digital.
Sertai pasukan yang menyokong objekti korporat kami dan bantu meningkatkan prestasi perniagaan melalui penilaian strategik bagi risiko perusahaan, amalan tadbir urus korporat yang berkesan serta komitmen jitu terhadap pematuhan peraturan.
Sertai pasukan yang menyediakan perkhidmatan perundangan kepada unit-unit perniagaan di Khazanah, yang memberikan penyelesaian yang berkesan dan praktikal bagi memenuhi pelbagai keperluan pihak berkepentingan yang kompleks, pengurusan serta pelbagai unit perniagaan lain dalam organisasi ini.
Sertai kami dalam usaha untuk membolehkan dan mempromosikan pengetahuan dalam makroekonomi, pasaran modal, sektor ekonomi, strategi perniagaan dan korporat, seta pelaburan strategik untuk memperkukuhkan kelebihan saingan Khazanah bagi membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia.
Bina kerjaya dengan pasukan yang bertanggungjawab untuk membentuk strategi warga Khazanah dengan memastikan perancangan tenaga kerja, pengurusan dan pembangunan bakat ke arah mewujudkan budaya berprestasi tinggi.
Harness your experience with the team that oversees Khazanah's long-term strategic direction. We collaborate closely with the senior leadership team and across the organisation to ensure the alignment and achievement of our mandate, which is to increase the nation's long-term wealth.
Perkayakan pengalaman teknikal dan korporat anda dengan Perkhidmatan Sokongan Korporat. Kami menyediakan bantuan pentadbiran dan operasi yang penting; merangkumi bidang seperti pengurusan kitaran hayat jumlah aset, pengurusan kemudahan, pengurusan projek, perolehan, keselamatan fizikal, kesihatan & keselamatan dan logistik. Perkhidmatan ini penting untuk mengoptimumkan fungsi perniagaan, mengekalkan produktiviti dan memastikan operasi harian yang lancar dalam organisasi, sambil meningkatkan kecekapan dan memenuhi keperluan perniagaan.
Jadi sebahagian dari kami - di mana strategi bertemu dengan impak. Objektif kami adalah untuk mengawasi dan menyelaraskan strategi dan inisiatif nilai sosial Khazanah dalam organisasi dan entiti-entiti pelaksana untuk mewujudkan impak yang bermakna kepada negara.
Kami mencari calon-calon berkaliber dan bermotivasi tinggi bagi Program Latihan Siswazah kami.