Yayasan Hasanah (Hasanah) merupakan sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), sebuah dana kekayaan berdaulat Malaysia. Hasanah ditubuhkan pada 1 Julai 2015 untuk menyambung usaha-usaha Tanggungjawab Korporat (CR) selama sembilan tahun yang sebelum ini berada di bawah naungan Khazanah.

Selanjutnya

Sebagai yayasan penderma, Hasanah mengambil pendekatan yang lebih dari sekadar kewangan; dengan terus berusaha untuk memudahkan sebuah ekosistem transformasi dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, menyuntik semangat sokongan dan pembangunan keupayaan dalam lima bidang tumpuan utama: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Seni dan Ruang Awam; dan Ilmu Pengetahuan. Secara kolektif dan kolaboratif, Hasanah berharap untuk membantu membentuk perubahan sosial bagi seluruh rakyat Malaysia, ke arah sebuah negara yang lebih baik.