
Program Residensi Khazanah bertujuan untuk membangunkan bakat muda tempatan dalam bidang terpilih dengan mempersiapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian terkini dalam bidang masing-masing. Program-program dipilih daripada residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi tersohor di seluruh dunia. Selepas selesai kelak, peserta yang terpilih dikehendaki menyumbang kembali dalam pelbagai bentuk dan cara untuk manfaat rakyat Malaysia.
Sokongan berterusan Khazanah untuk program residensi ini adalah sejajar dengan tumpuan kami ke arah membina kapasiti dan masyarakat berdaya di kalangan rakyat Malaysia di bawah tunggak strategik kami untuk Memajukan Malaysia.
Terdapat tiga program yang ditawarkan bawah inisiatif ini iaitu Residensi Media, Residensi Seni dan Residensi Perkhidmatan Awam. Sehingga Januari 2023, seramai 44 orang bakat tempatan telah menerima manfaat daripada menghadiri program-program residensi ini. Mulai 2023, Residensi Reka Bentuk (yang dijalankan pada 2018 dan 2019) akan digantikan dengan Residensi Kelestarian, sejajar dengan matlamat kemampanan Khazanah dan megatrend global.
Institusi Rakan Kongsi Kami
