Dana Impak

Dana Impak memainkan peranan pemangkin dalam strategi Pelaburan Malaysia Khazanah yang berteraskan kerangka “A Nation That Creates”, dengan mentransformasikan syarikat-syarikat bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi, di samping menyampaikan impak sosioekonomi yang positif — menyokong komitmen Khazanah yang menyeluruh dalam Memajukan Malaysia.

Melalui pendekatan yang berstruktur dan terancang, pelaburan Dana Impak membina kapasiti dan mentransformasikan syarikat merentasi bidang-bidang utama berikut: 
Photo 1

Memacu Ekosistem Modal Teroka (VC) Negara

Khazanah telah menubuhkan Jelawang Capital untuk memperkembangkan ekosistem VC melalui Emerging Fund Managers' Programme (EMP) dan Regional Fund Managers' Initiative (RMI).

Sebagai sebuah National Fund-of-Funds, Jelawang Capital menyokong pertumbuhan pengurus dana VC tempatan berpotensi tinggi serta memperluas akses kepada pembiayaan peringkat awal untuk syarikat pemula, di samping menarik modal serantau dan rakan kongsi yang mampu membawa kepakaran tambahan serta perkembangan kepada ekosistem.

Menerusi pendekatan ini, Jelawang Capital memainkan peranan penting dalam pembangunan syarikat pemula berpotensi tinggi, memajukan keusahawanan dan menyokong inovasi merentas pelbagai sektor.

Baca Selanjutnya
Photo 1

Memperkasa Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC)

Menyedari peranan penting yang dimainkan oleh MTC dalam ekonomi Malaysia serta cabaran yang dihadapi, Dana Impak bertindak sebagai pemacu pertumbuhan strategik bagi membuka akses kepada pembiayaan, memupuk inovasi dan menyokong pembangunan kapasiti untuk mempercepatkan pertumbuhan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan, Dana Impak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memperkukuh akses MTC kepada pasaran modal.

Dana Impak juga telah melancarkan MTC Growth Innovation Programme (MGIP). Program ini berteraskan kerangka “A Nation That Creates”, yang bertujuan memacu penciptaan nilai dengan menyokong syarikat-syarikat di setiap peringkat pertumbuhan.

Usaha ini sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk membentuk ekonomi yang dinamik dan inovatif. MGIP ialah sebuah Program Pembangunan Kapasiti yang berlangsung selama lebih setahun dan direka untuk meningkatkan daya saing MTC melalui pertumbuhan berteraskan inovasi.

Dana Impak turut memudahcara akses kepada modal dan memanfaatkan kerjasama strategik bagi menyokong pertumbuhan MTC. Kami menyediakan akses kepada modal untuk syarikat peringkat pertengahan yang mempunyai wawasan yang jelas, asas perniagaan yang kukuh serta potensi untuk berinovasi.

Kami juga bekerjasama dengan dana Ekuiti Swasta dan Kredit Swasta yang memiliki kepakaran dalam sektor berkaitan serta sokongan operasi, bagi menjana nilai kepada syarikat-syarikat ini.

Selain itu, bersama rakan-rakan kongsi, Dana Impak turut menyasarkan pelaburan dalam MTC yang mempunyai aspirasi jelas, asas yang kukuh dan potensi inovasi untuk membuka ruang pertumbuhan baharu.

Baca Selanjutnya
Photo 1

Memperkukuh Kedudukan Malaysia dalam Sektor Semikonduktor dan Pembuatan Maju

Dana Impak mengiatkan peranan Malaysia dalam rantaian nilai global semikonduktor dengan menumpukan kepada kerjasama strategik berasaskan dana, pelaburan langsung, usaha sama dan pembangunan bakat bagi meningkatkan kepelbagaian ekonomi dan kapasiti perindustrian negara.

Baca Selanjutnya
Sila hubungi kami melalui emel di [email protected]