Tahun ini, kami meraikan kembara tiga dekad kami, bermula dari asas yang sederhana pada tahun 1994 menuju semangat kerjasama yang mendukung pembangunan Malaysia. Selepas tiga dekad, kami mengulangi komitmen kami untuk membawa negara ini ke hadapan sebagai pelabur strategik dan pemangkin pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosioekonomi. Sempena ulang tahun ini, kami mengingati semula aspirasi dan usaha bersama semua pihak berkepentingan yang telah berjalan seiring bersama kami. Tahun ini, kami curahkan penghargaan kepada masa lalu, kami raikan masa kini, dan mengukuhkan lagi azam kami untuk membentuk masa depan bersama, jauh dari sekadar kejayaan individu.
Melihat kembali ke dekad awal kami (1994-2003), kami menyumbang kepada sektor-sektor domestik penting seperti infrastruktur, teknologi, dan penerbangan, dan mengambil berperanan sebagai pemudah cara untuk menginspirasi inovasi dan kemajuan. Selama dua dekad seterusnya, kami menilai semula peranan kami dan menjadi pelabur yang aktif dan strategik untuk menempatkan Malaysia di persada global. Inisiatif-inisiatif kami termasuk Program Transformasi GLC dan penubuhan Yayasan Hasanah, mencerminkan komitmen kami terhadap impak sosial dan pemberdayaan masyarakat.
Pada dekad ketiga ini, kami terus menjadi kuasa dinamik dalam sektor-sektor strategik negara, termasuk kewangan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, dan penerbangan. Kami turut meneroka peluang dalam sektor pemangkin dan pertumbuhan baru untuk memperkukuhkan ketahanan negara, menangani keperluan yang terus berkembang, dan melabur dalam sektor-sektor yang meningkatkan daya saing Malaysia.
Dalam sambutan 30 tahun ini, kami sedar, perjalanan kami bukanlah satu persembahan solo; ia adalah simfoni kerjasama yang membangkitkan rasa penghargaan dan hormat di dalam hati kami. Kami akan terus mendukung semangat dan usaha seluruh Malaysia. Kami terus mencari kejayaan yang melangkaui pencapaian kewangan semata mata demi impak kolektif bagi masa depan tanah air ini.
Semasa kami menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini, kami hadiahkan sorakan penghargaan yang ikhlas ini kepada para pemegang kepentingan kami. Kami mengakui gabungan semangat, sokongan, dan visi bersama merekalah yang telah menyokong kami sepanjang perjalanan ini.
Jalan ini masih panjang, dan ketika kami merenung kembali iltizam pada hari permulaan Khazanah, kami mengulangi ikrar kami untuk terus membawakan pulangan komersial dan sosial bagi negara ini.
Kami berharap generasi akan datang yang berdiri di hadapan permaidani sejarah ini dapat menghargai jalinan benang-benang berwarna-warni yang telah menyumbang kepada perjalanan bersama demi kemajuan tanah air kita.
Klik gambar untuk zum