Penciptaan Nilai Sosial

Kemampanan

Sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia, kami bertanggungjawab untuk mencipta nilai yang bukan hanya menjurus kepada pencapaian prestasi kewangan tetapi melangkau lebih jauh daripada itu bagi negara dan generasi akan datang. Di Khazanah, kami sentiasa sedar tentang kesan pelaburan kami terhadap masyarakat dan juga alam semula jadi.

Prinsip Kemampanan Kami

Berbuat Baik
Kami mengharapkan hasil yang baik dan memastikan tindakan yang diambil pada hari ini akan memberi keputusan positif bagi perkara-perkara berkaitan ekonomi, sosial dan perubahan alam sekitar kepada generasi masa kini dan masa depan.
Berbuat Lebih Baik
Kami berusaha untuk terus memperbaiki ‘status quo’ dengan mengenal pasti peluang untuk mencipta nilai positif melalui pengurusan risiko dan membuat persediaan bagi masa depan.
Jangan lakukan kemudaratan
Kami mengurus dan mengawal risiko bagi memastikan tindakan yang diambil tidak mendedahkan kesan yang negatif kepada pihak berkepentingan dalam masyarakat, ekonomi atau alam sekitar.

Pendekatan Kemapanan Kami

Menyedari kepentingan kemampanan dalam pertimbangan pihak berkepentingan dan komuniti pelaburan, kami telah menyokong amalan ESG yang lebih baik dalam syarikat portfolio kami sejak tahun 2004. Pendekatan kami memberi tumpuan kepada isu yang paling memberi kesan kepada kami dan syarikat portfolio kami dari sudut materialiti perniagaan.

Pelabur Bertanggung Jawab

Khazanah ingin memastikan peralihan saksama portfolio kami, mewujudkan impak yang mampan melalui pengurusan risiko ESG dan mengenal pasti peluang penciptaan nilai

Organisasi Mampan

Khazanah berusaha untuk memperkasakan pekerjanya untuk menyokong tingkah laku yang bertanggungjawab sebagai profesional

Warga Korporat yang Baik

Khazanah terus melancarkan perubahan positif dalam alam sekitar dan masyarakat sekeliling, untuk pengagihan nilai ke arah masa depan yang lebih baik untuk negara.

Rangka Kerja Kemampanan Khazanah

Dilancarkan pada bulan Jun 2022, Rangka Kerja ESG kami mengariskan pendekatan kemampanan berpaksikan tiga tonggak. Bidang tumpuan yang dikenal pasti dalam rangka kerja kami ditentukan berdasarkan isu paling penting kepada portfolio pelaburan, perniagaan dan mandat kami.

Melabur untuk Menyampaikan Nilai Mampan bagi Rakyat Malaysia

Memainkan peranan utama dalam membentuk peralihan yang saksama dan bertanggung jawab ke arah masa depan Malaysia yang mampan.

Alam Sekitar

Mengurangkan impak operasi kepada alam sekitar dan proaktif dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon.

  • Pelepasan karbon
  • Kerentanan perubahan kami
Sosial

Membangunkan tenaga kerja yang produktif dan inklusf serta memacu impak positif kepada masyarakat.

  • Pengurusan tenaga kerja
  • Kesihatan dan keselamatan di tempat kerja
  • Kepelbagaian dan inklusi
  • Peluang yang adil dan saksama
Tadbir Urus

Memupuk tadbir urus yang baik dan libat urus secara berkesan dengan pihak berkepentingan dan syarikat portfolio

  • Pendedahan kawal selia
  • Komposisi Lembaga Pengarah
  • Pengaruh Politik
  • Hak pemegang saham
  • Imbuhan lembaga pengarah dan eksekutif
  • Privasi dan keselematan anda
Pelaburan Mampan (SI)

Memasukkan isu kemampanan dalam membuat keputusan pelaburan

Kemampanan Perusahan (ES)

Memasukkan isu kemampanan dalam operasi harian kami, termasuklah sumbangan kepada masyarakat dan komuniti

Pemboleh yang menyokong pelaksanaan SI dan ES di seluruh Khazanah

Sasaran Kemampanan

Untuk memastikan akauntabiliti, kami juga komited kepada sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang berikut merentas tiga tonggak kami. Sasaran ini menyelaraskan aspirasi kami dengan pihak berkepentingan kami, termasuk Kerajaan Malaysia.

Alam Sekitar

Bertujuan untuk mengurangkan impak operasi terhadap alam sekitar dan menyokong peralihan kepada ekonomi berkarbon rendah.

Pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050
Operasi neutral karbon menjelang tahun 2023
Sosial

Bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja yang produktif dan inklusif serta memacu impak positif kepada masyarakat.

Mempunyai 30% wanita dalam lembaga pengarah dan pengurusan kanan menjelang tahun 2025
Tingkatkan kepelbagaian dasar dan program kesaksamaan dan keterangkumaan menjelang tahun 2023
Sasaran impak sosioekonomi boleh diukur menjelang tahun 2023.
Tadbir Urus

Bertujuan menyasar untuk memupuk tadbir urus yang baik dan penglibatan yang berkesan dengan pihak berkepentingan san syarikat portfolio

Meningkatkan kecekapan Lembaga Pengarah (termasuk kemampanan) di syarikat portfolio kami menjelang tahun 2024.
Mendedahkan prinsip pengundian umum menjelang tahun 2022
KPI berkaitan ESG untuk jawatan kepemimpinan utama di syarikat portfolio menjelang tahun 2023