Khazanah mula beroperasi pada tahun 1994 selaku pengurus aset komersial yang dipegang oleh Kerajaan dan melabur dalam sektor strategik dan berteknologi tinggi. Pada tahun 2004, kami mengambil pendekatan lebih aktif serta meluas dalam pelaburan termasuk meningkatkan prestasi aset utama yang sedia ada selain mengenal pasti peluang dalam sektor dan wilayah baharu. Pada tahun 2020, kami telah memperhalusi tujuan kami untuk mencerminkan sumbangan kami ke arah pelaburan bagi menghasilkan nilai mampan untuk rakyat Malaysia.
Garis masa berikut menyerlahkan pencapaian utama kami dari tahun 2014-2022. Untuk melihat perjalanan kami dari tahun 1994-2013, klik di sini.