Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk meraikan 30 Tahun Memajukan Malaysia!

#BerbudiBersama melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia demi memacu pertumbuhan negara.

Khazanah Nasional (“Khazanah”) melancarkan program jangkauan komuniti #BerbudiBersama yang bertempat di Taman Tugu Lawn di Kuala Lumpur hari ini, sempena ulang tahun ke-30 pada tahun ini.

Pelancaran ini adalah permulaan kepada siri program jangkauan komuniti yang akan berlangsung di seluruh negara. Menerusi inisiatif itu, Khazanah, entiti gabungannya dan syarikat berkaitan Khazanah (“KLC”) berharap dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dengan masyarakat, menggalakkan kerjasama yang lebih besar dan penciptaan impak.

Program jangkauan komuniti di seluruh negara tersebut memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan kumpulan pendapatan, menyampaikan pelbagai aktiviti seperti peluang peningkatan kemahiran, sesi celik kewangan, bimbingan keusahawanan dan bengkel pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti melalui #BerbudiBersama adalah selaras dengan tonggak kemasyarakatan Khazanah iaitu Membina Kapasiti dan Mencipta Peluang, Pembangunan Komuniti, Pemeliharaan Alam Sekitar dan Pemeliharaan Kesenian, Warisan dan Budaya.

Perasmian #BerbudiBersama telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan disaksikan komuniti yang hadir, dengan Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir selaku tuan rumah. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dan Amanah Warisan Negara (“AWAN”), dan perwakilan utama lain dari Yayasan Hasanah, Think City, Taman Tugu dan KLC.

Dato’ Amirul Feisal berkata, “Pelancaran #BerbudiBersama bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun Khazanah yang ke-30, malah ia menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di Malaysia. Dengan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan di seluruh negara, kami berhasrat untuk memperkasakan komuniti, meraikan warisan yang dikongsi bersama dan mencipta impak positif yang berkekalan untuk semua rakyat Malaysia. Kami berasa gembira untuk memulakan perjalanan ini dan percaya bahawa melalui usaha bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.”

Para pengunjung acara itu berpeluang menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan oleh lebih 100 gerai yang mengambil bahagian. Ini termasuk Gerai Rakyat yang diusahakan PMKS tempatan yang menawarkan makanan dan minuman, barangan tempatan dan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak. Pelbagai ceramah pengetahuan mengenai kesedaran kesihatan mental, belia, dan usaha CSR turut dijalankan termasuk persembahan tarian tradisional.

Entiti penciptaan nilai Khazanah merangkumi Yayasan Hasanah, Think City dan Taman Tugu, bersama KLC dan syarikat-syarikat pelaburan Khazanah iaitu Axiata, CIMB, Malaysia Airports, TNB, TM, UEM Group, PLUS, Iskandar Investment Berhad, IHH Healthcare, Destination Resorts and Hotels (DRH), Cenviro, ReGen Rehab Hospital dan Farm Fresh turut mempamerkan pelbagai projek pembangunan komuniti, produk, termasuk usaha pemeliharaan seni, budaya dan warisan.

Selari komitmen berterusan Khazanah terhadap aktiviti komersil dan pelaburan, ia juga komited untuk memupuk keterangkuman dan pemerkasaan, berusaha untuk meningkatkan komuniti terpinggir, mempromosikan pendidikan, meningkatkan bakat dan mengutamakan amalan yang mampan dan bertanggungjawab, untuk membina sebuah negara yang berkembang maju atas dasar kesaksamaan dan kemakmuran yang dikecapi bersama.

“Kami komited untuk meneruskan sumbangan kami ke arah kemakmuran ekonomi dan pengukuhan nilai sosioekonomi untuk semua rakyat Malaysia. Kemajuan yang dicapai dalam tahun-tahun sebelum ini bukan milik kami sahaja untuk diraikan, kerana ia adalah hasil usaha kolektif seluruh Malaysia oleh semua pihak berkepentingan kami, termasuk masyarakat. Sempena ulang tahun ke-30 ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan kami dan berbesar hati mengiktiraf semangat, sokongan dan perkongsian visi mereka dalam memastikan kemajuan yang mampan untuk Malaysia,” tambah Amirul Feisal.

END



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya