Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”

Khazanah menyambut baik visi ekonomi komprehensif oleh Pengerusi kami, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diluncurkan pada hari ini. Sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, kami bersemangat untuk merealisasikan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat bersama Perdana Menteri.

Visi “Ekonomi Madani” memberikan pandangan positif dan memberangsangkan untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global, dengan cabaran seperti inflasi, perubahan iklim dan risiko geopolitik yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi. Di Khazanah, strategi Memajukan Malaysia kami sejajar dengan visi Perdana Menteri yang tertumpu kepada peningkatan kualiti hidup segenap rakyat Malaysia, dan transformasi ekonomi serta peningkatan daya saing negara.

Khazanah telah mengambil langkah penting untuk memacu daya saing ekonomi dan daya tahan negara melalui pelbagai inisiatif. Sebagai contoh, kami telah memperuntukkan RM6 bilion bagi tempoh lima tahun untuk inisiatif Dana Impak kami, yang telah melancarkan program-program seperti Future Malaysia Programme (FMP) yang bermatlamat untuk menyokong ekosistem pemula tempatan, dan Future Malaysia Skills (FMS) yang tertumpu kepada pembangunan aliran bakat yang mampan melalui pelaburan terhadap peningkatan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja dalam negara. Kami juga berbesar hati dengan perhatian daripada Perdana Menteri apabila PolicyStreet disebut, sebuah syarikat penerima pelaburan kami melalui Dana Impak yang giat menyediakan penyelesaian insurans untuk mereka yang kurang mendapat tumpuan perkhidmatan.

Tambahan lagi, beberapa hari yang lalu pada 25 Julai 2023, Khazanah telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan pelancaran Cabaran Inovasi Impak Khazanah (“KIIC”) 2023 yang memberi tumpuan kepada “Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia”, sejajar dengan isu-isu kritikal yang disampaikan oleh Perdana Menteri. Inisiatif ini menggalakkan perniagaan-perniagaan Malaysia untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan keterjaminan makanan di negara ini.

Khazanah juga menyokong penuh pandangan Perdana Menteri untuk meningkatkan lagi perspektif serantau terhadap ekonomi Malaysia. Oleh itu, kami akan terus menumpukan usaha terhadap pengukuhan syarikat-syarikat portfolio pelaburan kami dan mengembangkan kehadiran global melalui peranan sebagai pemain korporat yang aktif. Kami berusaha untuk menjana pertumbuhan yang mampan dalam syarikat-syarikat pelaburan untuk memastikan daya saing di peringkat global. Inisiatif utama untuk Khazanah khususnya, adalah menerajui usaha pembinaan negara secara usahasama dengan UEM Group melalui platform pelaburan hijau baharu, bagi memacu agenda penyahkarbonan Malaysia dan memupuk ekonomi yang lebih hijau. Platform ini juga bertujuan untuk membuka kunci nilai dalam portfolio Khazanah yang sedia ada, mencapai pulangan komersial melalui pelaburan baharu dan kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpotensi tinggi.

Komitmen Khazanah melangkaui perihal kewangan. Bersama entiti gabungan kami, Yayasan Hasanah, Khazanah Research Institute dan Think City, kami bersedia untuk menyokong penciptaan impak sosioekonomi yang lebih bermakna untuk rakyat. Antara inisiatif-inisiatif yang disebutkan dalam peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat termasuk pemulihan dan pemuliharaan bangunan warisan bersejarah seperti bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, yang diterajui oleh kami dengan kerjasama Think City. Selain itu, kami berbangga untuk bekerjasama dengan Yayasan Hasanah bagi melaksanakan tanggungjawab korporat dalam menangani isu masyarakat, sosial dan alam sekitar yang mendesak di Malaysia. Dalam bidang penyelidikan, Khazanah Research Institute (KRI) akan terus melaksanakan penyelidikan pembangunan ekonomi dan cadangan dasar untuk negara.

Khazanah kekal yakin terhadap prospek masa hadapan Malaysia dan kami kekal teguh dalam menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Dalam usaha untuk maju ke hadapan dan menyahut seruan Perdana Menteri, kami menjemput semua pihak berkepentingan – awam, swasta, para dermawan dan yang paling utama, rakyat Malaysia – untuk menyertai kami dalam merealisasikan visi “Ekonomi Madani”. Bersama-sama, kita mampu memastikan masa hadapan yang mampan, bertenaga dan ekonomi berdaya tahan yang memberi manfaat kepada Malaysia dan segenap rakyat.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya