Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangani MoU, mengukuhkan hubungan ekonomi dan menggalakkan pelaburan dua hala

Perjanjian tanpa ikatan selama empat tahun itu ditandatangani oleh CDP Equity, Fondo Italiano di Investimento, CDP Venture Capital dan Simest dan dana kekayaan berdaulat Malaysia pada edisi ketujuh Dialog Peringkat Tinggi mengenai Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali di Bangkok 

Memorandum itu adalah yang pertama seumpamanya antara Itali dan Malaysia

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 – Kumpulan Cassa Depositi e Prestiti (“Kumpulan CDP”) dan dana kekayaan berdaulat Malaysia Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dengan tujuan mengenal pasti bidang-bidang yang berpotensi di mana pihak-pihak terlibat boleh mentakrif, menilai dan mengenal pasti peluang pelaburan dan kerjasama terutamanya dalam kedua-dua pasaran. Perjanjian empat tahun tanpa ikatan itu telah ditandatangani bagi Kumpulan CDP oleh anak-anak syarikat yang terdiri daripada CDP Equity, Fondo Italiano di Investimento SGR, CDP Venture Capital SGR dan Simest.

MoU itu dapat mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan perindustrian antara Itali dan Malaysia, menggalakkan pelaburan antara kedua-dua negara dengan menyokong syarikat-syarikat Itali yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN dan menyokong kemasukan dan kehadiran dana kekayaan berdaulat Malaysia, Khazanah dan subsidiarinya di pasaran Itali.

Mou tersebut ditandatangani pada edisi ketujuh Dialog Peringkat Tinggi mengenai Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali yang diadakan pada 3-4 Oktober di Bangkok, Thailand, dianjurkan oleh The European House – Ambrosetti dan disokong oleh CDP dan Simest sebagai Rakan Kongsi Utama.

Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya antara Itali dan Malaysia, juga menetapkan bahawa Khazanah boleh menilai peluang pelaburan berpotensi dalam syarikat portfolio CDP Equity serta bekerjasama dengan Fondo Italiano d’Investimento SGR dan CDP Venture Capital SGR untuk menganalisis peluang kerjasama berpotensi dengan syarikat Itali dan/atau kumpulan yang mempunyai perniagaan penting di Eropah atau di Malaysia.

Manakala CDP, melalui SIMEST, dan Khazanah akan memberi tumpuan terutamanya terhadap menganalisis peluang pelaburan berpotensi dalam subsidiari Malaysia milik syarikat dan/atau kumpulan Itali. Ini menandakan kesediaan rangkaian perniagaan Itali untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, dengan meneroka peluang pelaburan di negara ini.

 

Perjanjian tanpa ikatan itu juga menyediakan penubuhan kumpulan kerja bersama yang terdiri daripada wakil daripada kedua-dua institusi yang akan menganalisis, memupuk dan menyelaras pembangunan peluang kerjasama seperti yang termaktub dalam dokumen yang ditandatangani.

Francesco Mele, Pengarah Pelaburan CDP dan Ketua Pegawai Eksekutif CDP Equity berkata: “Perjanjian tanpa ikatan selama empat tahun yang ditandatangani oleh Kumpulan CDP dengan Khazanah Nasional Berhad adalah satu titik penting dalam proses mengukuhkan hubungan dengan pelabur institusi antarabangsa bagi memupuk potensi pertumbuhan syarikat Itali di Asia Tenggara dan kemasukan pemain baharu dengan pengalaman terbukti dan kekuatan modal untuk meningkatkan pembangunan ekosistem Itali”.

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah berkata: “Khazanah berbesar hati menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik bersama Kumpulan CDP yang akan memperkuatkan lagi hubungan dua hala antara Itali dan Malaysia. Melalui kerjasama ini, kami dapat bersama-sama memudahkan dan mewujudkan lebih peluang bagi perusahaan Itali yang sedang melabur atau bersedia untuk melabur di Malaysia, dan begitu juga sebaliknya, meningkatkan kekuatan dan daya tahan ekonomi kedua-dua negara.”

“Pelaburan antarabangsa Khazanah merangkumi pelbagai kelas aset dan pasaran. Sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia, kami menjajarkan pelaburan-pelaburan ini secara strategik dengan aliran mega global dan teknologi baru muncul, memenuhi matlamat berkembar iaitu mengembangkan nilai portfolio kami dan memudahkan aliran pengetahuan, rangkaian dan peluang pelaburan ke Malaysia. Oleh itu, kami berharap untuk mendapat manfaat daripada perkongsian kami dengan CDP, salah satu Dana Berdaulat Eropah yang terkemuka.”

 

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya