Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

7 Oktober 2022

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkaitan Belanjawan 2023

Bajet 2023, yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama, dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan di Parlimen pada hari ini dalam suasana persekitaran ekonomi dunia yang kian mencabar, termasuk peningkatan inflasi, ketegangan geopolitik, polarisasi sosial serta pemulihan daripada wabak Covid-19, selain ancaman perubahan iklim yang semakin meningkat.

Dalam suasan sedemikian, Bajet ini selari dengan tumpuan Kementerian Kewangan untuk bertindak responsif kepada keperluan jangka pendek rakyat dan perniagaan serta bertanggungjawab dan reformis dalam membina daya tahan negara. Ia membentuk pakej dasar yang komprehensif ke arah memperkukuh pemulihan ekonomi Malaysia, meningkatkan daya tahan keseluruhan negara terhadap cabaran pada masa depan, memajukan agenda pembangunan inklusif dan mampan serta melaksanakan pembaharuan ketara untuk negara bagi membolehkannya terus maju dalam persekitaran global baharu.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) serta syarikat-syarikat pelaburan miliknya akan memainkan peranannya dalam menyampaikan pelbagai inisiatif dalam Bajet 2023. Tenaga Nasional Berhad akan merintis projek internet luar bandar yang memberi manfaat kepada lebih 60,000 penduduk luar bandar selain memacu peralihan tenaga bersih melalui pelaburan RM165 juta dalam infrastruktur pengecasan solar dan EV di atas bumbung sehingga 2025. Di samping itu, menerusi program MySTEP, Khazanah akan memainkan peranan penting dalam kalangan GLC menerusi penyediaan 35,000 peluang pekerjaan, sementara inisiatif penjanaan semula bandar ThinkCity akan menerima peruntukan RM10 juta untuk mengubah Kuala Lumpur menjadi sebuah hab kreatif dan budaya.

Yayasan berasaskan impak milik Khazanah, Yayasan Hasanah, telah bekerjasama rapat dengan kerajaan sejak permulaan wabak COVID-19 untuk melaksanakan 177 projek dengan kerjasama 125 Perusahaan Sosial dan Pertubuhan Masyarakat Sivil, yang telah memanfaatkan kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia. Yayasan Hasanah akan menerima RM100 juta dalam Bajet 2023 untuk meneruskan usaha pembinaan komuniti seperti peningkatan pendapatan, pendidikan inklusif dan program saringan kesihatan.

Sebagai sebahagian daripada agenda Khazanah untuk Memajukan Malaysia, Dana Impak kini berada pada landasan yang tepat ke arah membantu meningkatkan daya saing ekonomi dan daya tahan untuk negara. Kami akan memperuntukkan RM1 bilion bawah Dana Impak bagi tujuan pelaburan strategik untuk negara merentasi enam tema utama. Daripada jumlah tersebut, RM230 juta telah dikenal pasti untuk pendigitalan dan teknologi, memfokuskan kepada membina ekosistem dan bakat dalam start-up tempatan, RM200 juta untuk pelaburan dalam projek yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil serta RM150 juta untuk menyokong pembangunan penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk ekosistem pasaran karbon Malaysia.

Mengambil pendekatan berasaskan ekosistem, Khazanah akan terus meneroka dan melaksanakan projek di bawah enam tema Dana Impak, iaitu pendigitalan dan teknologi, agri-makanan dan penyelesaian iklim seperti penyelesaian berteraskan alam semula jadi. Kami akan terus meneroka dan melaksanakan projek dalam enam tema yang telah kami kenal pasti, iaitu Masyarakat dan Teknologi Digital, Kesihatan dan Pendidikan Berkualiti untuk Semua, Kerja dan Mobiliti Sosial, Keselamatan Makanan dan Tenaga, Membina Ketahanan Iklim dan Bersaing dalam Pasaran Global. Kami percaya ini memerlukan pendekatan menyeluruh (all-of-Malaysia approach), dan mengalu-alukan rakan kongsi serta rakan usaha sama yang memiliki matlamat yang sama.

Secara keseluruhannya, Bajet 2023 merupakan satu lagi langkah penting ke hadapan dalam perjalanan Malaysia ke arah mengembangkan ekonomi yang kompetitif, inklusif dan mampan pada masa hadapan. Walaupun persekitaran global kekal mencabar, Bajet 2023 dijangka akan memacu negara ke arah masa depan yang lebih positif, selari dengan strategi jangka panjang Khazanah untuk Memajukan Malaysia.

TAMAT 



Siaran Akhbar Lain
7 Oktober 2022

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

24 Ogos 2022

Galeri Khazanah menyumbang kepada misi Memajukan M...

Selanjutnya  

6 Julai 2022

Pelaburan Khazanah di Türkiye Bukti Hubungan Dua ...

Selanjutnya  

10 Jun 2022

Khazanah lancar rangka kerja dan sasaran kemampana...

Selanjutnya  

5 Jun 2022

Khazanah sambut Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman...

Selanjutnya  

20 Mei 2022

Khazanah jalin hubungan strategik untuk jadikan Ce...

Selanjutnya  

15 April 2022

Khazanah raih RM535.5 juta hasil daripada penempat...

Selanjutnya  

2 Mac 2022

Khazanah terus tingkatkan nilai portfolio, umum st...

Selanjutnya  

20 Disember 2021

Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta un...

Selanjutnya  

29 Oktober 2021

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya