Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

29 Oktober 2021

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkaitan Bajet 2022

Bajet 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen pada hari ini merupakan Bajet pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lepas.

Kedua-dua Bajet 2022 dan RMK12 terbit ketika Malaysia dan dunia secara keseluruhannya mula bergerak keluar daripada pandemik Covid-19. Bak kata pepatah, dalam setiap krisis ada peluang. Justeru, Bajet 2022 menyediakan peluang terbaik untuk membina semula Malaysia sedang negara terus maju ke arah persekitaran yang lebih normal dan pasti.

Selaras dengan RMK12, Bajet 2022 mengetengahkan pendekatan komprehensif dalam memacu pemulihan ekonomi yang kukuh dan mampan selain menyediakan keterangkuman sosio-ekonomi yang meluas serta perlindungan sosial. Ini dapat dilihat melalui keutamaan yang diletakkan pada infrastruktur penjagaan kesihatan dan pendidikan serta pada pelaburan dalam infrastruktur digital dan ketersambungan digital. Pendekatan ini akan membantu memastikan seluruh Keluarga Malaysia, daripada warganegara individu hingga ke entiti perniagaan, muncul lebih kukuh bersama-sama.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dan syarikat-syarikat pelaburan kami berharap akan dapat memainkan peranan dalam menyampaikan inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2022 seperti Jalinan GLC untuk mengukuhkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (“MySTEP”) dan PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Khazanah juga kekal komited untuk merealisasikan matlamat Perkukuh Pelaburan Rakyat (“PERKUKUH”) serta memacu pelaburan pemangkin melalui Dana Impak bernilai RM6 bilion.

Secara keseluruhannya, Bajet 2022 menyasarkan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia dan mengukuhkan daya tahan ekonomi apabila negara secara beransur-ansur membuka semula sektor ekonomi dan sosialnya. Langkah Bajet 2022, bersama dengan dasar RMK12, meletakkan asas kukuh bagi Malaysia untuk berkembang menjadi ekonomi yang kompetitif, inklusif dan mampan dalam jangka panjang.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya