Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

6 Julai 2022

Pelaburan Khazanah di Türkiye Bukti Hubungan Dua Hala dan Perdagangan Antara Malaysia dan Türkiye Terus Kukuh

Selari dengan strategi untuk memperluaskan kehadiran global dan rangkaiannya, Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) akan terus meneroka peluang pelaburan baharu dan kerjasama di Türkiye untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye.
Komitmen Khazanah untuk mengekalkan Turki sebagai destinasi pelaburan strategiknya dinyatakan semasa pertemuan antara wakil kanan daripada Khazanah dan Türkiye Wealth Fund (“TWF”) di Istanbul, semalam.

Khazanah adalah sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Turki yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi 4-hari ke negara tersebut atas jemputan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Dato’ Sri Ismail Sabri, yang juga Pengerusi Khazanah, telah mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan TWF yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Salim Arda Ermut, bagi membincangkan peluang pelaburan dan kerjasama yang dapat membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Turut hadir pada pertemuan tersebut Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Khazanah, Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengarah Pejabat Serantau Khazanah Turki (“KTRO”) Halil Ucarer Ahli Lembaga Pengarah TWF, Ahmet Burak Dağlıoğlu dan Ketua Pegawai Kewangan TWF, Mahmut Kayacık.

Khazanah telah sekian lama bertapak di Türkiye menerusi pelaburan oleh syarikat-syarikat pelaburan miliknya dalam pelbagai industri yang mencecah kira-kira USD2.7 bilion sejak 2008.

Antara pelaburan utama termasuk dalam Acibadem Healthcare Group, salah sebuah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar Türkiye, menerusi IHH Healthcare Berhad, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen, salah sebuah lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Eropah, menerusi Malaysia Airports Holdings Berhad.

Pada 2013, Khazanah telah menubuhkan KTRO sebagai platform strategik bagi memperkembangkan dan mengukuhkan lagi pelaburan serantau, hubungan dengan sektor awam dan swasta serta hubungan perniagaan di Türkiye, Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah dan Eropah.

Ditubuhkan pada 2016, TWF adalah cabang pelaburan strategik dan penyedia penyelesaian ekuiti Türkiye. TWF adalah dana pembangunan yang disokong aset yang bertumpu kepada pertumbuhan syarikat bawah portfolionya melalui program penciptaan nilai, pelaburan dalam sektor utama dan projek berwawasan untuk terus membangunkan ekonomi Türkiye. Portfolio TWF terdiri daripada 27 buah syarikat yang terlibat dalam tujuh industri serta pelbagai aset hartanah.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya  

25 Julai 2023

Permohonan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi K...

Selanjutnya  

13 Julai 2023

Syarikat Modal Teroka Global Antler Jalin Kerjasam...

Selanjutnya  

27 Jun 2023

Khazanah teraju platform pelaburan hijau untuk men...

Selanjutnya  

6 Jun 2023

Khazanah melabur dalam syarikat teknologi insurans...

Selanjutnya  

25 Mei 2023

Khazanah buka semula Pasaran Sukuk USD dan Bon Mal...

Selanjutnya  

27 April 2023

Khazanah diberi penarafan A3/A- oleh Agensi Penara...

Selanjutnya  

19 April 2023

Khazanah terajui usaha bersepadu bagi mempertingka...

Selanjutnya  

21 Mac 2023

Khazanah catat keuntungan lebih tinggi pada 2022 m...

Selanjutnya