Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

2 Mac 2015

Laporan Kedua Perkembangan Sukuan Pelan Pemulihan MAS (29 November 2014 – 28 Februari 2015)

Penstrukturan MAS terus mencatatkan kemajuan berterusan selepas enam bulan

  • Pelaksanaan Pelan Pemulihan MAS 12 perkara (“PPM”) mengikut perancangan dan jadual sepanjang enam bulan pertama

  • Pencapaian dan kemajuan penting:

    </li>

    • RM1.38 bilion telah disalurkan untuk pembayaran kepada pemegang saham sejajar pelaksanaan pengurangan dan pembayaran balik modal

    • Saham Malaysian Airline System Berhad (“MAS”) dinyahsenarai daripada Bursa Securities pada 31 Disember 2014

    • Rang Undang- undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

    • 2014 (“Akta MAS”) berkuatkuasa pada 20 Februari 2015 selepas diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tahun lalu Christoph Mueller menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia

    • Airlines Berhad (“NewCo”) pada 1 Mac 2015. Beliau juga Pengarah Bukan Eksekutif MAS sejajar pelantikannya yang berkuat kuasa 1 Januari 2015

    • Bergantung kepada hasil perbincangan yang sedang berlangsung untuk perjanjian pembekalan katering baru, MAS dan Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd (“BAC”) pada 27 Februari 2015 memeterai Perjanjian. Penyelesaian untuk tempoh interim berkuat kuasa 1 Oktober 2014 hingga 31 Mac 2015. Perjanjian ini menetapkan:

      • 25% pengurangan bil bulanan kepada MAS

      • Penyelesaian jumlah hutang kepada BAC yang dipertikaikan yang mana MAS bersetuju mengembalikan sejumlah RM37.95 juta kepada BAC-lebih rendah berbanding RM94.03 juta yang dipegang MAS disebabkan pertelingkahan itu

  • Kemajuan dalam pelbagai bidang dan aspek lain

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah” ) hari mengumumkan laporan kemajuan ke dua membabitkan penstrukutran MAS yang sedang berlangsung bagi tempoh 29 November 2014 hingga 27 Februari 2015 yang menunjukkan kemajuan berterusan dan mapan dalam semua bidang utama di bawah pelan 12 perkara lima tahun PPM yang diumumkan pada 29 Ogos tahun lalu. Laporan kemajuan PPM ya ng pertama diumumkan pada 28 November 2014.

Penstrukturan semula MAS membabitkan pembaikan keseluruhan bagi mengem balikan syarikat penerbangan nasional tersebut keperingkat keuntungan berterusan. Ini membabitkan transformasi keseluruhan struktur korporat MAS, kedudukan kewangan, pencapaian operasi dan pengur usan modal insan, berpandukan kepada prinsip keadilan, ketelusan dan belas kasihan.

Enam bulan pertama dan perkembangan akan datang

Sepanjang enam bulan lalu, kemajuan kukuh dicapai merangkumi empat bidang utama PPM 12 perkara (rujuk kepada Lampiran I), iaitu Rangka Kerja Tadbir Urus dan Kewangan, Model Operas Perniagaan, Kepimpinan dan Modal Insan, dan Persekitaran Kawal Selia dan Pemboleh.

Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Kemajuan Sukuan PPM pertama, pada tiga bulan pertama program penstrukturan ini menyaksikan be berapa peristiwa penting dicapai ter masuk kelulusan. Cadangan SCR Khazanah oleh pemegang saham minoriti MAS, penubuhan syarikat baru (“NewCo”) Malaysia Airlines Berhad, dan kelulusan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sepanjang tempoh itu, kemajuan lain turut dicapai termasuk penyaluran RM1.38 bilion pendanaan pelaburan bersyarat sebagai bayaran kepada pemegang saham dengan selesainya SCR, penyahsenaraian MAS, dan penguatkuasaan Akta MAS pada 20 Februari 2015 selepas diluluskan kedua-dua dewan Parlimen tahun lalu.

Satu lagi kemajuan utama yang dicapai ialah pengumuman pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aer Lingus, Christoph Mueller sebagai CEO NewCo pada 5 Disember 2014. Beliau mula melaksanakan tugasnya pada 1 Mac 2015. Mueller juga dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS bersama CEO Celcom Axiata Berhad, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly yang berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Pada 27 Februari 2015, MAS dan Brahim ’s Airline Catering Sdn Bhd (“BAC”) memeterai perjanjian penyelesaian interim untuk tempoh sementara berkuat kua sa 1 Oktober 2014 hingga 31 Mac 2015. Perjanjian ini menetapkan pengurangan 25% bil bulanan kepada MAS selain penyelesaian pertelingkahan jumlah yang perlu dibayar kepada BAC. Kedua-dua pihak ketika ini sedang berbincang mengenai perjanjian katering baru yang berdasarkan piawaian antarabangsa.

Dalam tempoh tiga bulan akan datang, Khazanah dijangka menyalurkan sehingga RM1.6 bilion dalam fasa kedua pendanaan pelaburan bersyarat. Syarat-syarat untuk penyaluran ini ialah penyem purnaan beberapa peristiwa penting – pelan perniagaan NewCo diluluskan Khazanah dan Lembaga Pengarah MAS, semakan tadbir urus korporat, pelaksanaan proses pemilihan bakat serta Pengurusan bakat dan program pembangunan, serta sasaran kewangan dan operasi yang dipersetujui kelak.

Perpindahan kakitangan dari Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (“KLIA ”) disasarkan akan bermula pada bulan Mei m anakala Pusat Pemban gunan Korporat (“CDC ”) dijangka beroperasi menjelang 1 April 2015. Sementara itu, rundingan kontrak pembekalan bagi memenuhi keperluan NewCo sedang berjalan dan perundingan semula kontrak tertentu terus dilaksanakan.

Dengan tarikh ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 semakin hampir, MAS akan mengadakan majlis peringatan dalaman terutup pada 8 Mac 2015 membabitkan ahli lembaga pengarah MAS, pengurusan, kakitangan dan keluarga terdekat anak kapal pesawat MAS berkenaan. Ingatan dan doa kami ialah untuk mereka yang terbabit dan mereka yang disayangi. Berikut ialah maklumat kemajuan yang dicapai bagi tempoh 29 November 2014 hingga 28 Februari 2015:

1. Pendanaan bersyarat sehingga RM6.0 bilion dan pengurangan nisbah bersih hutang

Seperti dinyatakan di bawah PPM, penyelesaian SCR dan penyahsenaraian MAS menjadi syarat penyaluran dana pelaburan Khazanah sehingga RM6.0 bilion secara berperingkat dan berdasar kan syarat-syarat yang ketat.

Dalam fasa pertama pendanaan pelaburan bersyarat berjumlah sehingga RM2.0 bilion y ang disasark an sehingga akhir Disember 2014, RM1.38 bilion telah disalurkan untuk pembayaran kepada pemegang saham berikutan penyelesaian SCR. Baki dana yang dirancang untuk fasa Pertamakan disalurkan berdasarkan keperluan kecairan MAS dan peraturan yang ditetapkan oleh Khazanah.

Selain itu, adalah menjadi matlamat jangka panjang MAS untuk mengurangkan nisbah bersih hutang dan perbincangan mengenai cadangan pertukaran hutang untuk ekuiti dengan beberapa pihak sedang berlangsung dengan persetujuan berkaitan terma-terma utama disasarkan dicapai pada akhir suku pertama 2015 dan pemeteraian perjanjian akhir pada suku kedua 2015.

2. Penyahsenaraian MAS dan pengwujudan NewCo

Penyahsenaraian MAS diselesaikan pada 31 Disember 2014 dengan saham MAS dikeluarkan dari senarai rasmi Bursa Securities selepas penyelesaian SCR. Sebelum itu, NewCo, Malaysia Airlines Berhad telah diperbadankan pada 7 November 2014.

Sementara itu, usaha penstruk turan semula sedang berlangsung membabitkan semua bidang tumpuan, dipacu oleh Pejabat Penstrukturan Semula MAS yang bertanggungjawab memudahkan pemindahan operasi berkaitan, aset dan liabiliti MAS kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015 apabila ia dijangka mula beroperasi.

3. Sokongan Kerajaan membabitkan initiatif-initiatif utama

Akta MAS berkuat kuasa pada 20 Februari 2015 selepas diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 27 November 2014 dan 2 Disember 2014. Akta MAS sangat kritikal dalam usaha penstrukturan semula dan akan membantu melicinkan peralihan kepada NewCo. Ia menyediakan persekitaran perundangan yang menangani secara khusus keadaan-keadaan tertentu bagi membolehkan NewCo memulakan operasi dengan asas yang betul dan meletakkan syarikat penerbangan itu ke landasan pemulihan.

Perbincangan dengan pihak berkepentingan utama bagi memastikan peralihan lancar kepada NewCo terus dilaksanakan membabitkan ke menterian-kementerian kerajaan, agensi tempatan dan antarabangsa seperti Jabatan Penerbangan Awam, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan Organisasi Penerbangsan Awam Antara bangsa (“ICAO”).

4. Kepimpinan

Pada 5 Disember 2014, Christoph Mueller diumumkan sebagai CEO NewCo. Beliau memulakan tugas pada 1 Mac 2015. Mueller juga ialah Pengarah Bukan Eksekutif MAS bersama Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad selepas pelantikan mereka ke Lembaga Pengarah MAS berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Pelantikan-pelantikan ini sebahagian iniatif utama di bawah PP M yang menekankan usaha pengukuhan kepimpinan syarikat penerbangan tersebut dalam tempoh peralihan ke NewCo yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Sementara itu, Ahmad Jauhari Yahya kekal sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS.

5. Semakan kontak-kontrak pembekalan

Lebih 4,000 kontrak telah dikenal pasti di bawah semakan menyeluruh kontrak-kontrak MAS. Proses menyemak semula kontrak supaya menepati keperluan pasaran NewCo berkuat kuasa pada akhir Februari 2015, manakala perbincangan sedang berlangsung membabitkan kontrak-kontrak yang dikenal pasti untuk rundingan semula.

MAS ketika ini sedang berunding dengan BAC bagi perjanjian katering baru (“NCA”) yang disasarkan untuk dimeterai pada atau sebelum 31 Mac 2015. Perjanjian ini akan berdasarkan piawaian antarabangsa termasuk mengambil kira syarikat penyedia makanan tempatan yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan nasional tempatan, dan akan dipacu oleh petunjuk pencapaian utama yang dipersetujui bersama.

Sebelum perjanjian katering baru dimeterai, MAS dan BAC pada 27 Februari 2015 telah memeterai Penjanjian Penyelesaian (“SA”) untuk tempoh interim 1 Oktober 2014 hingga 31 Mac 2015. SA itu memperuntukkan:

  1. Pengurangan 25% bil bulanan MAS sepanjang tempoh interim

  2. Penyelesaian jumlah yang dipertikaikan bagi bayaran kepada BAC yang mana MAS bersetuju melepaskan kepada BAC sejumlah RM37.95 juta – lebih rendah berbanding RM94.03 juta yang dipegang oleh MAS berikutan pertelingkahan itu

Perjanjian penyelesaian akan terus berkuat kuasa kepada NCA dimeterai pada atau sebelum 31 Mac 2015. Sekiranya NCA tidak dapat dimuktamadkan dalam tempoh yang ditetapkan, MAS akan menimbang kemungkinan melantik penyedia katering alternatif bagi menyediakan perkhidmatan kepada NewCo. Pengurusan MAS sedang menilai beberapa pilihan sekiranya NCA gagal dimeterai bagi memastikan tiada gangguan terhadap operasi dan peralihan lancar kepada NewCo.

6. Latihan semula dan penempatan semula

Pusat Pembanguna Korporat yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan Semula Korporat (“CRC” ), sedang membina struktur dan platform yang diperlukan dengan kerjasama pelbagai rakan dan pihak berkepentingan untuk membolehkannya beroperasi pada 1 April 2015. CDC akan menyediakan saluran dan peluang untuk penempatan dan latihan semula kakitangan MAS yang tidak beralih ke NewCo. Kakitangan sedia ada akan mempunyai akses kepada pelbagai perkhidmatan termasuk profil bakat, kaunseling kerjaya, latihan asas dan menyeluruh, kemahiran mencari pekerjaan, keusahawanan, perancangan persaraan dan penempatan.

Kepimpinan CDC diterajui Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi, Shahryn Azmi sebagai CEO, dan Dato’ Boon ler Somchit sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat. Mereka dilantik ke jawatan masing-masing berkuat kuasa 1 Januari 2015.

7. Mengukuhkan perhubungan industri

Panel Perundingan Pekerja (“ECP”) telah mengadakan dua mesyuarat pada 8 Disember 2014 dan 17 Februari 2015 yang dihadiri oleh semua kesatuan, persatuan pekerja dan wakil darip ada kakitangan yang tidak berkesatuan.

Mereka yang menghadiri mesyuarat ECP pertama telah diberi taklimat mengenai terma dan rujukan berkenaan ECP, maklumat terkini mengenai Pelan Pemulihan MAS , pengumuman barisan kepimpinan serta pendekatan penilaian bakat. Maklum balas juga telah diterima dan yang mana boleh dilaksanakan, ditangani dengan sewajarnya. Mesyuarat ECP kedua melibatkan perbincangan mengenai CDC, program kajian bakat, skim pemisahan, pekerjaan dan pengurusan peralihan NewCo.

Kesatuan pekerja dan persatuan pekerja yang hadir pada mesyuarat ECP tersebut ialah:

  • Persatuan Juruterbang Malaysia Airlines (MAPA)

  • Persatuan Kakitangan Pengurusan Malaysian Airline System (MASMA)

  • Persatuan Kakitangan Eksekutif Malaysia Airline System (MESA)

  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airline System Semenanjung Malaysia (MASEU)

  • Persatuan Kakitangan Eksekutif Sabah Malaysian Airline System (SEAMAS)

  • Jawatankuasa Kakitangan Eksekutif Sarawak (SESC)

  • Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS)

  • Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah (ATWUS)

ECP bertujuan membantu meningkatkan penjajaran antara pekerja, kesatuan dan pengurusan serta menyediakan platform untuk pertukaran pandangan dan idea secara ikhlas melalui sesi dialog dan usaha sama.

Pengurusan MAS juga telah mengadakan sesi “turun padang” untuk bertemu dengan pekerja sebagai sebahagian usaha untuk mendapatk an maklum balas pekerja dan memaklumkan kepada mereka tentang pelbagai maklumat terkini berhubung inisiatif penstrukturan semula. Sebanyak 33 sesi turun padang telah diadakan sejak 14 Ogos 2014.

Pada masa yang sama, semua kakitangan MAS kerap dilibatkan dan dimaklumkan maklumat terkini berkaitan penstrukturan semula secara berterusan melalui saluran dalaman seperti intranet MAS, buletin, surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Penstrukturan Semula (“CRO ”), media sosial serta melalui inisiatif jangkauan langsung lain.

8. Menyesuaikan saiz tenaga kerja

Penilaian bakat di MAS telah diselesaikan pada 2 Februari 2015. Proses komprehensif yang membabitkan kira-kira 20,000 pekerja, mengambil kira prestasi pekerja lalu, pengalaman, kelayakan, aspek kelakuan, rekod disiplin, ke cekapan fungsi dan aspirasi untuk menyertai NewCo.

Penilaian ini juga melibatkan 500 pegawai eksekutif tertinggi MAS yang turut men jalani temuduga selama tiga jam yang turut membabitkan tingkah laku, dengan perunding bebas manakala kakitangan selebihnya perlu menyiapkan soal selidik kajian kecekapan bakat yang direka khas untuk setiap kategori kakitangan.

Selepas penilaian bakat, proses mengenal pasti kumpulan kakitangan yang memenuhi keperluan NewCo sedang berlangsung.

Satu skim pemisahan juga sedang dibangunkan, berpandukan prinsip seperti pengiktirafan penamatan perniagaan, keadilan kepada semua pihak, pematuhan ke pada keperluan perundangan dan kekangan kewangan. Skim pemisahan sepatutnya dilihat sebagai berkaitan dengan penempatan luar dan latihan yang disediakan oleh CDC untuk memastikan gangguan minim um kepada kehidupan pekerja yang akan meninggalkan syarikat.

Keutamaan ialah untuk memastikan operasi syarikat penerbangan terus berjalan dengan lancar. Dijangkakan akan wujud satu tempoh peralihan operasi dan pengurangan jumlah tenaga kerja akan dilakukan secara berperingkat, sejajar inisiatif transformasi dan kesediaan operasi.

9. Model perniagaan operasi baharu dan transformasi operasi

Berdasarkan perbaikan selanjutnya bagi pelan perniagaan NewCo, rasionalisasi kapasiti agregat pada 2015 sebanyak lebih daripada 10% adalah dijangkakan kerana NewCo memberi tumpuan kepada laluan domestik dan serantau yang lebih menguntungkan. Penyatuan rangkaian jangka pendek ini dijangka membolehkan pengukuhan kedudukan kewangan syarikat penerbangan itu, meletakkannya pada landasan yang betul untuk memperkembangkan kapasitinya pada kadar pertum buhan tahunan (“CAGR ”) melebihi 5% setahun antara 2015 sehingga 2020.

Secara khusus, NewCo bercadang meningkatkan kapasiti laluan domestik dan ASEAN sebanyak 6-8% setahun dan Asia Pasifik sebanyak 5% dalam usaha membina hab perhubungan Kuala Lumpur, serta mengkaji semula laluan Eropah dan Timur Tengah dengan memberi tumpuan kepada sumbangan dan keuntungan rangkaian. Sehubungan itu, laluan sedia ada akan dinilai dengan teliti manakala laluan yang tidak selari dengan objektif ini a kan dipertimbangkan untuk pembatalan.

Rancangan perniagaan NewCo juga sedang direka untuk menyelaraskan semula keperluan pesawat mengikut keperluan ra ngkaian. Pilihan pesawat yang ditempatkan pada laluan-laluan ini ialah penyumbang utama kepada prestasi syarikat penerbangan ini dan penyusunan semula kesesuaian pesawat akan memastikan keuntungan optimum dan meminimumkan kos.

Perbaikan lanjut pelan perniagaan NewCo terus membuka lebih banyak peluang kepada transformasi operasi dalam banyak bidang perniagaan, termasuk jualan dan pemasaran, produk, pemilikan pesawat dan operasi darat. Menangani isu-isu ini akan menghasilkan peningkatan ketara dalam prestasi operasi kumpulan.

Pencapaian pembaikan ini juga bergantung kepada kejayaan NewCo dalam melaksanakan inisiatif tersebut yang sudah bermula. Usaha penstrukturan semula ini akan terus meneroka peluang untuk mencapai kecekapan yang lebih besar sementara NewCo melaksanakan pelan perniagaannya.

Terdapat juga pelan kontigensi sebagai sebahagian pelan kesinambungan perniagaan, tersedia untuk diaktifkan sekiranya diperlukan sepanjang tempoh peralihan daripada MAS kepada NewCo.

10. Konsolidasi di KLIA

Pemindahan kakitangan dari Subang ke Bangunan Kemudahan Sokongan di KLIA berada pada landasan yang betul dan akan bermula pada Mei 2015. Ini termasuk pemind ahan sekurang-kurangnya 1,300 kakitangan dari Subang ke KLIA secara berperingkat. Kerja-kerja pengubahsuaian di Bangunan Kemudahan Sokongan untuk menyokong kakitangan yang dipindahkan ke kemudahan itu sedang dilaksanakan dengan kemajuan keseluruhan sebanyak kira-kira 40 % telah dicapai.

11. Pengukuhan jaminan, integriti dan keselamatan

Satu Jawatankuasa Tadbir Urus dan Etika (“GEC”) telah ditubuhkan pada bulan Disember 2014, terutamanya untuk melaksanakan semakan tadbir urus korporat yang menyeluruh dan bebas. GEC akan membantu memudahkan pengukuhan kawalan dan operasi sistem utama yang berkaitan dengan fungsi jaminan dan integriti. Ia juga merupakan satu jawatankuasa kecil Lembaga Pengarah MAS dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif.

MAS telah secara konsisten mematuhi Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (“IATA”) program Audit Keselamatan Operasi (“IOSA”), sebagai sebahagian daripada pematuhannya dengan syarat keahlian IATA. Sehubungan dengan komitmen untuk terus memperbaiki pengalaman pelanggan, MAS secara sukarela akan menerima pakai Audit Keselamatan Operasi IATA yang ditingkatkan pada Mac 2015. Ia bertujuan meningkatkan amalan sekuriti dan keselamatan operasi di MAS.

12. Sokongan luaran dan minat terhadap penstrukturan semula MAS

Khazanah terus menerima minat daripada pelbagai entiti yang ingin menyertai atau melengkapkan PPM. Sehingga kini, Khazanah telah menerima 36 cadangan perniagaan berhubung perkara ini.

Khazanah telah dan akan terus bertemu dengan pihak yang mengemukakan cadangan untuk membincangkannya secara terperinci. Khazanah melaksanakan proses penilaian yang ketat dan hanya akan menilai dan menaksir cadangan yang boleh dipercayai dengan keupayaan dan sumber yang terbukti. Tambahan pula, semua cadangan tidak sepatutnya melibatkan sebarang pemecahan aset MAS yang penting untuk ia berfungsi sebagai syarikat penerbangan nasional.

Secara keseluruhan, kemajuan yang ditunjukkan setakat ini adalah selaras dengan garis masa yang tertentu untuk mengembalikan MAS kepada keuntungan mampan di bawah PPM, seperti berikut:

  • Menjelang akhir tahun 2014: Penyahsenaraian MAS dilengkapkan d an kepimpinan NewCo diumumkan

  • Menjelang 1 Julai 2015: Peralihan rasmi kepada NewCo

  • Menjelang akhir tahun 2017: Tiga tahun daripada penyahsenaraian itu bagi NewCo untuk mencapai keuntungan

  • Antara 2018 dan 2020: Antara 3 hingga 5 tahun selepas penyahsenaraian untuk NewCo disenaraikan semula

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut , sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian +603 2034 0000 atau melalui e-mel di [email protected].

Tentang Khazanah Nasional Berhad

Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.Untuk maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila layari www.khazanah.com.my.



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya