Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

15 Mac 2018

Khazanah umum pertukaran pada barisan kepimpinan kanannya

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) pada hari ini mengumumkan pertukaran pada pasukan kepimpinan kanan bagi operasinya di China dan Asia Utara, seperti berikut:

  1. Datuk Ben Chan, yang kini adalah Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Pelaburan (Urus Niaga), akan meninggalkan Khazanah pada akhir April 2018. Datuk Ben, yang telah bersama Khazanah sejak Jun 2005, akan menyertai Ontario Teachers’ Pension Plan pada 1 Jun 2018 sebagai Pengarah Urusan Serantau, Asia Pasifik.

  2. Bryan Lim, Pengarah, Pelaburan, dan Ketua pejabat serantau Khazanah di Beijing, akan mengambil alih tanggungjawab Datuk Ben dan menerajui operasi Khazanah di China. Beliau akan turut banggungjawab atas negara Korea dan Jepun, yang bersama-sama dengan China, membentuk liputan Khazanah di wilayah Asia Utara.

Datuk Ben menyertai Khazanah sebagai Pengarah, Pelaburan dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti selama hampir 13 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan pada bulan April 2008 dan seterusnya dilantik Ketua Bersama Bahagian Pelaburan (Urus Niaga) pada 1 Jun 2017. Datuk Ben telah menerajui usaha menapakkan Khazanah di China, yang menyaksikan pembukaan pejabat dana pelaburan Kerajaan tersebut di Beijing pada tahun 2008. Pejabat serantau Khazanah di Beijing merupakan pejabat serantaunya yang pertama dalam rangkaian lima buah pejabat serantau di seluruh dunia. Datuk Ben telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kemajuan wilayah berkenaan semenjak itu. Sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada Khazanah, Datuk Ben telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena ulang tahun baginda pada 4 Jun 2016.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Datuk Wira Azman Hj. Mokhtar berkata: “Sebagai tonggak serta salah seorang daripada anggota kepimpinan kanan Khazanah yang paling lama berkhidmat, rekod prestasi serta pencapaian Datuk Ben Chan adalah sangat besar. Kami sangat menghargai sumbangannya kepada institusi dan negara sepanjang hampir 13 tahun beliau bersama dengan Khazanah. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau dan selamat maju jaya kepada beliau dalam tugasan seterusnya di sebuah institusi pelaburan global yang terkemuka.”

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya