Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

20 November 2013

GLC terus perkukuh inisiatif utama bagi mengekalkan pertumbuhan terangkum

  • TSR G20 menokok 13.6% setiap tahun, permodalan pasaran berkembang 2.9x kepada RM403b

  • G20 sedang merancang KPI berkaitan Bumiputera sebagai sebahagian daripada persiapan belanjawan dan perancangan bagi 2014 yang bakal diumumkan pada suku pertama 2014

  • PR1ME dilancarkan bagi memanfaatkan 145,000 kakitangan bukan eksekutif menerusi Skim Kemajuan Diri (“UMS”)

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada Mesyuarat Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (“PCG”) ke -25 hari ini menggesa Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan1 (“GLIC”) dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peralihan dengan tamatnya Program Transformasi GLC (Program GLCT), program yang berjangka masa 10 tahun, dengan mengukuhkan inisiatif untuk menyokong pertumbuhan lestari negara secara saksama. Ini akan memastikan keterangkuman serta keadilan sosial dalam masyarakat, antara matlamat yang terkandung dalam Program GLCT yang turut mempromosi konsep mesra pasaran dan penekanan kepada merit. Dalam ucapan pembukaan beliau, Perdana Menteri telah menzahirkan sokongan penuh beliau kepada Program GLCT dan menegaskan bahawa Agenda Bumiputera sebagai komponen teras Agenda Nasional. Agenda Bumiputera adalah selaras dengan prinsip-prinsip dasar Program GLCT yang menekankan kepada konsep pertumbuhan dengan kesaksamaan yang melibatkan, antara lainnya, pembangunan komuniti Bumiputera yang akan membawa kepada keharmonian sosial di negara ini.

Program GLCT terus catatkan kemajuan dalam tahun ke-9 pelaksanaannya

Program yang berjangka masa 10 tahun ini, yang kini dalam tahun kesembilan pelaksanaannya, terus mencatat kemajuan dengan Jumlah Pulangan Kepada Pemegang Saham (TSR) G202 berkembang 13.6 peratus setiap tahun dan permodalan pasaran G20 berkembang 2.9 kali kepada RM403 bilion sejak permulaan Program GLCT pada 14 Mei 2004 sehingga 25 Oktober 2013. Secara amnya, GLC terus berada pada kadar pertumbuhan yang mantap, sambil beberapa GLC berjaya menembusi pasaran serantau. Kejayaan ini membawa kesan strategik positif kepada ekonomi negara dengan menyokong Model Baru Ekonomi (MBE) dan meningkatkan keberkesanan GLC secara keseluruhannya. Kejayaan Program GLCT ini juga memberi kesan positif kepada pelbagai pemegang berkepentingan termasuk pelanggan, pekerja, pembekal dan rakyat. Hasil daripada kejayaan berterusan program ini, aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh GLC turut menyaksikan peningkatan ketara yang sekali gus memberi manfaat kepada orang ramai. Transformasi GLC telah menghasilkan pelbagai pencapaian serta memperkukuhkan kemampuan GLC untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mentransformasi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Komitmen GLC dalam program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan cara yang seimbang dan profesional

Agenda Bumiputera sentiasa menjadi teras kepada agenda nasional yang didokong oleh Kerajaan serta salah satu daripada teras Program GLCT sejak pelancarannya pada Julai 2005. Menerusi Program GLCT, Agenda Bumiputera terus dilaksanakan melalui beberapa aktiviti utama, termasuk menerusi pembangunan perniagaan dan usahawan (pembangunan vendor, proses pelupusan, perniagaan baru), pembangunan modal insan, tanggungjawab sosial korporat, serta pengagihan dividen dan cukai. Selain itu, inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (“BEE”) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 September 2013 turut menggariskan fasa seterusnya bagi sumbangan GLC kepada Agenda Bumiputera. BEE dijangka akan menyemai kemahiran yang sesuai serta arah tuju yang betul bagi memastikan pelaksanaan Agenda Bumiputera di GLC secara profesional, mesra pasaran dan berdasarkan kepada merit, dengan perhatian kepada aspek keadilan sosial dan keterangkuman.

Meninjau ke hadapan, GLC berikrar untuk terus mendukung Agenda Bumiputera menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. GLC kini dalam proses menetapkan KPI bagi Agenda Bumiputera yang akan dilaksanakan pada 2014. Selain itu, GLC turut dijangka akan memperkenalkan beberapa inisiatif baru pada tahun depan.

Pelancaran Program Majudiri 1Malaysia (“PR1ME”), Skim Kemajuan Diri (“UMS”) untuk membolehkan kakitangan bukan eksekutif untuk maju dalam kerjaya

PCG, dalam mesyuaratnya ke-25 juga telah melancarkan Program Majudiri 1Malaysia atau PR1ME untuk membimbing GLC dalam melaksanakan inisiatif UMS masing-masing dalam tempoh 12 bulan akan datang.

UMS adalah skim yang direka khas untuk memberi peluang kakitangan bukan eksekutif untuk terus maju dalam kerjaya di organisasi masing-masing. Inisiatif ini adalah amat penting memandangkan 40% daripada jumlah pekerja G20 (atau kira-kira 145,000 pekerja daripada kira-kira sejumlah 360,000 pekerja G20) adalah pekerja-pekerja bukan eksekutif di Malaysia. UMS telah direka untuk melanjutkan faedah pihak berkepentingan kepada kumpulan tertentu untuk memastikan keterangkuman dan keharmonian industri. Ia bertujuan melengkapkan kakitangan bukan eksekutif dengan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan yang memungkinkan mereka maju dala kerjaya masing-masing dan seterusnya, meningkatkan tahap kesejahteraan sosio-ekonomi mereka. Kini, sejumlah 16 anggota G20 menjalankan UMS di syarikat masing-masing berbanding 11 GLC pada 2012.

Program bergerak ke fasa terakhir sebelum ditamatkan

The 10-year Programme is scheduled to end in July 2015. The PCG is finalizing the post-graduation route which will have more details next year.

TAMAT


  1. Lima buah GLIC tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad.

  2. G20 terdiri daripada GLC utama terpilih yang dikuasai oleh GLIC bawah Program GLCT dan digunakan sebagai proksi bagi prestasi GLC. Pada permulaan Program, terdapat sejumlah 20 buah GLC. Jumlah GLC kini adalah 17 buah hasil daripada beberapa penggabungan, pemisahan, serta inisiatif korporat yang lain.

Tentang Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (“PCG”)

Program Transformasi GLC (“Program GLCT”) telah diumumkan pada 14 Mei 2004 dan dilancarkan secara rasminya pada 29 Julai 2005. PCG telah ditubuhkan pada Januari 2005 sebagai jawatankuasa pemandu yang memacu usaha mentransformasi GLC menjadi organisasi berprestasi tinggi. PCG dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh wakil daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pejabat Perdana Menteri serta ketua-ketua Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad. Selaku urus setia PCG, Khazanah menguruskan pelaksanaan Program GLCT. Sekretariat kepada PCG, Pejabat Pengurusan Transformasi (“TMO”) telah diwujudkan di Khazanah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pelaksanaan Program GLCT.

Senarai terkini anggota G-20

  1. Affin Holdings Berhad

  2. Axiata Group Berhad

  3. BIMB Holdings Berhad

  4. Boustead Holdings Berhad

  5. CIMB Group Berhad

  6. Chemical Company of Malaysia Berhad

  7. Malayan Banking Berhad

  8. Malaysian Airline System Berhad

  9. Malaysia Airports Holdings Berhad

  10. Malaysian Building Society Berhad

  11. Malaysian Resources Corporation Berhad

  12. Sime Darby Berhad

  13. Telekom Malaysia Berhad

  14. Tenaga Nasional Berhad

  15. TH Plantations Berhad

  16. UEM Group Berhad

  17. UMW Holdings Berhad



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya