Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

25 Mei 2023

Khazanah buka semula Pasaran Sukuk USD dan Bon Malaysia dengan tawaran dwi-bahagian

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) berjaya menetapkan harga bagi penawaran senior dwi-bahagian (dual-tranche) bernilai USD1.5 bilion yang terdiri daripada Sukuk USD750 juta untuk jangka 5 tahun yang matang pada tahun 2028 dan bon konvensional USD750 juta untuk jangka 10 tahun yang matang pada 2033 (“Sekuriti” secara kolektif).

Terbitan itu menandakan Sukuk dan bon korporat dalam USD yang pertama bagi Khazanah daripada Program Terbitan Sukuk Pelbagai Mata Wang USD5.0 bilion yang baru ditubuhkan dan Program Nota Jangka Sederhana Euro USD10.0 bilion (“Program” secara kolektif) melalui syarikat-syarikat tujuan khas milik penuhnya, Khazanah Global Sukuk Berhad dan Khazanah Capital Ltd. (“Penerbit”). Terbitan terakhir Khazanah ialah Sukuk tidak dinilai taraf USD1.0 bilion pada 2021.

Sekuriti tersebut telah dilancarkan pada petunjuk harga awal 135 mata asas (“bps”) sepanjang tempoh 5 tahun hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (“AS”) untuk Sukuk 5 tahun dan 160 bps sepanjang tempoh 10 tahun hasil Perbendaharaan AS untuk bon konvensional 10 tahun. Urus niaga tersebut mendapat permintaan tinggi dan menarik lebih 200 pelabur di merentasi Asia, Eropah dan Timur Tengah, dengan lebihan langganan lebih daripada tujuh (7) kali.

Harga langganan mencapai kemuncak pada USD12 bilion, menyebabkan Khazanah menyemak semula pentunjuk harga dengan lebih ketat kepada 93bps dan 118bps, menerbitkan Sekuriti masing-masing pada 4.687% dan 4.876%.

Sekuriti tersebut bakal disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (di bawah Rejim Pengecualian), Labuan International Financial Exchange Inc. (“LFX”) dan Singapore Exchange Securities Trading Limited (“SGX-ST”).

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah berkata, “Penerimaan yang luar biasa serta meluas terhadap sukuk dan bon bernilai taraf pertama kami mencerminkan keyakinan teguh pelabur terhadap keupayaan kredit dan strategi jangka panjang kami, mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran modal global.”

Para pelabur menerima dan memahami bahawa Khazanah adalah pelabur strategik dan dana antara generasi yang mampu mengharungi turun naik jangka pendek. Terbitan tersebut, yang dijalankan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, akan menjadi penanda aras untuk kredit Khazanah sementara kami meneruskan usaha pengimbangan portfolio dan pengukuhan penyata imbangan kami sebagai sebahagian daripada usaha memajukan negara.”

Hasil daripada penerbitan ini akan digunakan untuk pelaburan umum, pembiayaan semula pinjaman serta keperluan modal kerja Khazanah.

BofA Securities, CIMB, DBS Bank Ltd., J.P. Morgan, Maybank, MUFG, OCBC Bank bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama dan Pengatur Bersama Penempatan.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
5 Februari 2025

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024...

Selanjutnya  

10 Januari 2025

Strategi Khazanah Untuk Memajukan Malaysia: Memban...

Selanjutnya  

27 Disember 2024

Memajukan Rantaian Nilai Semikonduktor dan Pengelu...

Selanjutnya  

1 November 2024

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham Fashion...

Selanjutnya  

28 Oktober 2024

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ...

Selanjutnya  

19 Oktober 2024

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir...

Selanjutnya  

17 Oktober 2024

SC dan Khazanah Jalin MoU untuk Memangkin Akses MT...

Selanjutnya  

15 Oktober 2024

Khazanah Nasional, melalui Dana Impak, bakal lanca...

Selanjutnya  

30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCA...

Selanjutnya  

15 Mei 2024

Konsortium diterajui Khazanah dan KWSP umum tawara...

Selanjutnya