Tadbir Urus Korporat

Kami memegang teguh standard ketelusan dan akauntabiliti yang ketat, berpandukan kerangka yang menekankan struktur tanggungjawab, kuasa dan tadbir urus yang jelas.


Kerangka Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko (FIGR)

Kerangka Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko (FIGR) kami berfungsi sebagai panduan untuk pengurusan risiko yang efektif, dan menyemai budaya pengurusan risiko di seluruh Khazanah. Kami beroperasi dalam kerangka amanat yang jelas dan sejajar dengan objektif pembangunan negara.


Komitmen kepada Tadbir Urus Institusi yang Baik

Khazanah adalah penandatangan Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia. Kami menyokong sepenuhnya enam prinsip Kod tersebut. Penyata Pematuhan yang lengkap dipaparkan untuk tatapan umum di laman web kami. Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan kerangka tadbir urus dan akauntabiliti, kami juga menyokong dan menyumbang kepada inisiatif dan amalan terbaik yang menggalakkan tadbir urus yang berkesan, pengurusan risiko yang kukuh dan kemampanan jangka panjang, di peringkat domestik dan antarabangsa.

Inisiatif tersebut merangkumi:

  • Ahli International Forum of Sovereign Wealth Funds (IFSWF), yang mana kami secara sukarela menyokong Prinsip Santiago yang mempromosikan ketelusan, tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan amalan pelaburan berhemat selain menggalakkan dialog yang lebih terbuka dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai aktiviti dana kekayaan berdaulat (SWF).

  • Penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI), yang mana kami menyokong enam prinsip yang diberi pilihan untuk memasukkan elemen persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam amalan pelaburan kami.

  • Penandatangan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menggaris komitmen tegas kami terhadap integriti dan tadbir urus yang baik.


Komitmen Terhadap Pelaburan Yang Bertanggungjawab

Khazanah adalah penandatangan Prinsip yang Disokong Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelaburan Bertanggungjawab. Sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia dan penjaga kekayaan generasi masa depan Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dengan baik dalam jangka masa panjang bagi kepentingan penerima manfaat kami.

Kami percaya isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat mempengaruhi prestasi portfolio pelaburan untuk pelbagai peringkat di seluruh syarikat, sektor, rantau, kelas aset dan masa. Kami juga menyedari bahawa menerapkan Prinsip ini mungkin dapat menyelaraskan dengan lebih baik, pelabur, termasuk diri kami sendiri, dengan objektif kemasyarakatan yang lebih luas.


Penyata Polisi Pelaburan

Selaras dengan mandat Khazanah untuk menghasilkan nilai mampan bagi rakyat Malaysia, Penyata Dasar Pelaburan menggariskan mandat, objektif dan prinsip pelaburan kami.

Polisi Pelaburan Mampan

Polisi Pelaburan Mampan menggariskan prinsip dan komitmen Khazanah berkaitan pelaburan yang bertanggungjawab, dengan mengambil kira faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk membantu pengurusan risiko dan menghasilkan pulangan jangka panjang yang berkekalan.

Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan

Dokumen Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan menggariskan jangkaan Khazanah terhadap syarikat-syarikat pelaburan kami dan prinsip kepengurusan pelaburan kami. Turut terkandung adalah semakan terkini Garis Panduan Pengundian yang mentadbir pengundian Khazanah dalam mesyuarat agung syarikat-syarikat tersenarai.


Kod Etika Perniagaan

Sebagai komitmen terhadap integriti, kami mengharapkan Rakan Niaga kami untuk mematuhi garis panduan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perniagaan (Kod). Kod ini memberikan panduan kepada kakitangan Khazanah and Rakan Niaganya mengenai apa yang Khazanah percaya sebagai hubungan perniagaan yang lestari berdasarkan prinsip – prinsip utama seperti integriti, kejujuran, kebertanggungjawaban dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Tatakelakuan

Khazanah komited untuk menerajui amalan tatalaku korporat baik dan menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk memastikan mereka patuh kepada piawaian etika tertinggi di Khazanah. Oleh itu, tatakelakuan kakitangan berfungsi sebagai rujukan umum bagi nilai teras Khazanah.