Portfolio Kami

Dalam melaksanakan keseluruhan mandat Khazanah, pelaburan kami disusun mengikut struktur berikut:
Portfolio Pelaburan, Portfolio Dana Impak, Aset Pembangunan dan Situasi Khas. Setiap komponen dalam
struktur ini ditubuhkan dengan objektif, dasar dan strategi yang berbeza seperti yang digariskan dalam
Penyata Dasar Pelaburan (“IPS”).

Prestasi

Nilai Portfolio Pelaburan yang diukur berdasarkan Nilai Aset Boleh Tunai (“RAV”) berjumlah RM126.2 bilion setakat 31 Disember 2023. Objektif Portfolio Pelaburan adalah untuk mencapai pulangan risiko terlaras untuk jangka panjang, mengekalkan dan mengembangkan nilai jangka panjang aset-aset pelaburan serta mempelbagaikan sumber pendapatan negara.

RAV1

RM126.2b

2023

1Nilai Aset Boleh Tunai (“RAV”) – Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang; anggaran nilai digunakan jika tiada harga pasaran.

Portfolio Pelaburan setakat ini menghasilkan kadar pulangan berwajaran masa (“TWRR”) (tahunan) dalam kitaran lima tahun sebanyak 2.9% berbanding dengan sasaran pulangan Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia + 3% pada kitaran lima tahun.

NAV2 TWRR
(tahunan) dalam
kitaran 5 tahun

2.9%

2Nilai Aset Bersih (“NAV”) – RAV kurang jumlah liabiliti

Pulangan Tahunan Portfolio Pelaburan Mengikut Kelas Aset

Kelas Aset 2023 2022 2021 2020 2019 Kitaran
5 Tahun
Pasaran Awam - Malaysia 4.5% -4.2% 14.0% -7.4% 3.2% 1.8%
Pasaran Awam - Global 15.9% -16.3% 1.6% 26.2% 27.5% 9.7%
Pasaran Swasta - Malaysia 4.4% -16.8% 12.2% -4.7% 5.9% 6.7%
Pasaran Swasta – Global 2.4% 3.9% 19.1% -1.3% 6.1% 5.8%
Aset Nyata 8.7% 23.5% 11.2% 0.1% 10.5% 10.6%

Pecahan Portfolio Pelaburan berdasarkan Kelas Aset

Kelas Aset 2023 2022 2021 2020 2019 2018
Pasaran Awam – Malaysia 52.9% 55.9% 59.0% 59.5% 62.0% 63.4%
Pasaran Awam – Global 17.2% 13.4% 13.5% 14.4% 9.2% 9.6%
Pasaran Swasta – Malaysia 5.8% 9.2% 8.9% 9.2% 11.2% 10.0%
Pasaran Swasta – Global 14.7% 13.5% 12.1% 10.1% 9.2% 8.5%
Aset Nyata 9.4% 8.0% 6.6% 6.8% 8.5% 8.5%

Pecahan Portfolio Pelaburan berdasarkan Geografi

Pecahan Mengikut Geografi 2023 2022 2021 2020 2019 2018
Malaysia 59.1% 66.3% 69.5% 70.5% 75.1% 75.0%
China 8.0% 10.1% 12.3% 13.7% 11.2% 9.3%
Asia-Pasifik (kecuali China) 12.6% 10.6% 10.0% 9.7% 10.4% 12.0%
EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) 4.8% 3.1% 2.3% 2.2% 2.0% 2.6%
Amerika Utara 15.5% 9.9% 5.9% 3.9% 1.3% 1.0%

Sektor-Sektor Pelaburan

Tenaga

Kewangan

Penjagaan Kesihatan

Perindustrian

Teknologi Maklumat

Media

Hartanah

Tele-
komunikasi

Utiliti

Prestasi

Aset Pembangunan bertujuan menghasilkan impak ekonomi yang tinggi melalui pelaburan pembangunan jangka panjang.
Jumlah Nilai Aset Boleh Tunai (“RAV”) bagi Aset Pembangunan ialah RM5.1 bilion setakat 31 Disember 2023.

RAV1

RM5.1b

2023

1Nilai Aset Boleh Tunai (“RAV”) - Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang; anggaran nilai digunakan jika tiada harga pasaran.

Secara keseluruhannya, Aset Pembangunan mencatatkan RAV TWRR 12.1% pada 2023, berbanding sasaran kadar pulangan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (“MGS”) tempoh matang 10-tahun pada kitaran lima tahun.

RAV1 TWRR 2023

12.1%

RAV1 TWRR
(tahunan) dalam
Kitaran 5 Tahun

-4.7%

1Nilai Aset Boleh Tunai (“RAV”) – Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang; anggaran nilai digunakan jika tiada harga pasaran.

Fokus Bagi Aset Pembangunan

  • Penglibatan dengan pengawal selia dalam menguruskan landskap operasi untuk syarikat pelaburan
  • Penstrukturan semula kunci kira-kira aset-aset terpilih untuk mengekalkan, mengembangkan dan merealisasikan nilai
  • Penyegaran semula dan pengukuhan barisan kepimpinan syarikat-syarikat operasi

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai syarikat,
sila ke Portfolio Syarikat-syarikat Terpilih

Penyata Polisi
Pelaburan

Polisi Pelaburan
Mampan

Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan