Menteri Kewangan II lancarkan program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach di KMF 2017

3 Oktober 2017

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tempatan baharu

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini melancarkan program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (“KNEO”) semasa majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2017 (“KMF 2017”), di sini.

KNEO adalah suatu inisiatif oleh Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) untuk mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia di samping melengkapkan bakal usahawan dengan latihan pengupayaan dan khidmat bimbingan tentang selok-belok industri melalui beberapa siri program bootcamp dan accelerators (pemecut) secara terancang. Ini adalah lanjutan daripada projek Brainchild, suatu inisiatif yang dimulakan oleh Khazanah pada tahun 2015 untuk mencungkil dan membentuk bakat keusahawanan dalam kalangan warga Khazanah dan syarikat milik Khazanah.

KNEO terbahagi kepada palbagai fasa iaitu Permohonan, Pemilihan, Inkubasi, Pemecut dan Hari Demo dalam tempoh 28 minggu keseluruhannya. Pendaftaran akan dibuka bermula pada 3 Oktober sehingga 27 November 2017 menerusi laman sesawang program KNEO iaitu www.khazanahneo.com.my.

Pasukan yang terpilih akan berpeluang untuk belajar daripada pakar dalam industri yang terdiri daripada perniagaan secara tradisional hingga penyedia teknologi berskala besar dan perusahaan social. Selain itu, mereka juga bakal menerima bimbingan daripada peneraju korporat , pengasas startup yang telah berjaya dan usahawan. Mereka juga berpeluang memperkukuhkan asas perniagaan masing-masing, didedahkan kepada pelan go-to-market dan pelan pembiayaan kewangan, selain menimba ilmu, idea baharu dan bimbingan daripada usahawan yang telah berjaya.

Pasukan yang berjaya memasuki fasa Pemecut akan menerima pembiayaan kewangan sebanyak RM20,000 sebagai pertukaran kepada pegangan sebanyak 2% kepentingan dalam syarikat mereka oleh rakan kongsi pemecut Khazanah. Tiga pasukan terakhir yang berjaya pada Hari Demo akan menerima dana sebanyak RM30,000 setiap kumpulan.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar berkata, “salah satu daripada mandat utama Khazanah adalah untuk membantu membina kapasiti dan membangunkan modal insan untuk negara. Keusahawanan dan inovasi adalah pemacu utama ekonomi dan melalui program ini, kami berharap dapat mencungkil bakat baharu dengan idea yang inovatif dan bernas serta membantu mereka untuk merealisasikan idea tersebut. Selaras dengan hasrat Agenda Pemerkasaan Bumiputera (“BEA”), yang mana Khazanah adalah sekreteriat bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”), program ini dijangka dapat melibatkan penyertaan lebih ramai usahawan Bumiputera.”

KNEO dilaksanakan dengan kerjasama tiga rakan pemecut utama, iaitu 1337 Ventures, CodeAr.my dan WatchTower & Friends.

Untuk maklumat lanjut mengenai KNEO, layari www.khazanahneo.com.my.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Ke...

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja...

1 Mei 2025 Selanjutnya

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan...

14 Mac 2025 Selanjutnya

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024, prestasi kukuh ...

Khazanah terus mencipta nilai jangka panjang, memangkin inovasi dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi Sorotan 2024 Keuntungan RM5.1b daripada operasi Kadar Pulangan...

5 Februari 2025 Selanjutnya