Kami merujuk kepada beberapa laporan berita yang disiarkan pada hari ini berkaitan mandat serta pelaburan yang dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”).
Sehubungan itu, lanjutan daripada beberapa pertanyaan yang telah diterima, kami ingin memaklumkan bahawa kami kini sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut sewajarnya daripada Kerajaan dan pihak lain yang berkaitan. Ini adalah dengan tujuan untuk menjelaskan, mengesahkan serta membolehkan kami melaksanakan mandat sebagai dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia
Sebarang perkembangan terkini akan kami maklumkan sewajarnya.
TAMAT