Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) ingin mengumumkan pertukaran pada Lembaga Pengarahnya (“Lembaga”), seperti berikut:
-
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga berkuatkuasa 31 Mei 2018.
-
Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah meletak jawatan sebagai Pengarah berkuatkuasa 30 Mei 2018.
-
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah meletak jawatan sebagai Pengarah berkuatkuasa 23 Mei 2018.
TAMAT