Kenyataan Khazanah berkaitan laporan berita mengenai Lembaga Pengarah

26 Julai 2018

Kami ingin mengesahkan laporan berita pada pagi ini bahawa semua ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusan telah menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”). Tindakan ini dibuat dengan perbincangan bersama pihak Kerajaan baharu untuk membolehkan peralihan yang lancar dan teratur.

Lembaga Pengarah berbangga kerana telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan tindakan ini adalah sesuai bagi memberikan ruang penuh bagi Kerajaan baharu, dengan budi bicara dan kuasa miliknya, untuk membina semula Lembaga Pengarah baharu.

Kenyataan seterusnya akan kami terbitkan sebaik sahaja kami mempunyai butiran lanjut tentang penyusunan semula Lembaga Pengarah Khazanah.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Ke...

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja...

1 Mei 2025 Selanjutnya

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan...

14 Mac 2025 Selanjutnya

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024, prestasi kukuh ...

Khazanah terus mencipta nilai jangka panjang, memangkin inovasi dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi Sorotan 2024 Keuntungan RM5.1b daripada operasi Kadar Pulangan...

5 Februari 2025 Selanjutnya