Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

4 Mei 2021

Permohonan dibuka untuk Cabaran Impak Inovasi Khazanah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan bagi golongan warga emas tempatan pada kadar berpatutan

Orang ramai dijemput untuk mengemukakan cadangan perniagaan berimpak tinggi di bawah Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) yang menjurus kepada pertumbuhan dan kemajuan perkhidmatan bagi warga emas pada kadar berpatutan, sekali gus membantu golongan tersebut menjalani hari tua mereka di tempat pilihan masing-masing.

Bertemakan ‘Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Bagi Warga Emas di Malaysia’, cabaran perniagaan tersebut bertujuan mengatasi jurang kelemahan dalam industri berkenaan serta mempersiapkan Malaysia yang kian menuju ke arah status Negara Tua menjelang tahun 2045, apabila kira-kira 15% penduduk negara pada ketika itu dianggarkan berumur 65 tahun ke atas.

KIIC adalah inisiatif Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dan merupakan lanjutan daripada mandat pelaburan strategiknya yang turut menyasarkan sektor tumpuan baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya meningkatkan daya saing negara untuk mencapai kekayaan jangka panjang secara mampan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata: “Kami melihat KIIC sebagai platform baharu yang dapat membantu kami mengenal pasti pelaburan strategik baharu yang mempunyai potensi untuk memberi impak ekonomi kepada negara, selain memainkan peranan untuk membantu memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kian meningkat usia.”

Dengan kerjasama Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (“MaGIC”) serta disokong oleh komuniti usahawan global Endeavour, KIIC berusaha mengenal pasti penyelesaian inovatif, sama ada yang berasaskan teknologi atau sebaliknya, yang menyajikan perkhidmatan penjagaan dan sokongan untuk golongan warga emas yang berpatutan dari segi harga. Para pemenang berpeluang menerima anugerah bentuk geran pembangunan projek yang berjumlah sehingga RM300,000 setiap satu dan seterusnya turut berpeluang menerima pelaburan susulan daripada Khazanah.

“Kami gembira dapat berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama dengan Khazanah Nasional untuk menarik penglibatan entiti awam dan swasta serta masyarakat umum untuk mencipta penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan negara. Menerusi KIIC, MaGIC dapat menyokong dan memperkenalkan kepada pasaran penyelesaian terbaik dan seterusnya mencapai impak mampan yang mampu menyumbang kepada peningkatan sosial,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Amiruddin Abdul Shukor.

Cabaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Setiap permohonan bagi KIIC akan dinilai dan pemohon yang berjaya akan dipilih untuk turut serta dalam program pemecutan (accelerator) oleh MaGIC atau program penambahbaikan (scale-up) oleh Khazanah.

Permohonan dalam talian dibuka bermula hari ini sehingga 7 Jun 2021. Pemohon yang disenarai pendek akan menerima jemputan untuk menghadiri Pitch Day dan pemenang akan diumumkan pada bulan Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai KIIC, layari www.khazanah.com.my/kiic

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
5 Mei 2021

Khazanah kembali ke pasaran sukuk USD, menetapkan ...

Selanjutnya  

4 Mei 2021

Permohonan dibuka untuk Cabaran Impak Inovasi Khaz...

Selanjutnya  

15 April 2021

Khazanah raih RM312 juta daripada penempatan saham...

Selanjutnya  

4 Mac 2021

Ulasan Tahunan Khazanah 2021...

Selanjutnya  

16 November 2020

Dato’ Zainal Abidin Putih dilantik sebagai Ahli ...

Selanjutnya  

22 Mei 2020

Khazanah raih RM735.7 juta hasil penempatan saham ...

Selanjutnya  

6 April 2020

Prof. Xiao’ou Tang letak jawatan sebagai ahli Le...

Selanjutnya  

6 April 2020

Khazanah sumbang RM20 juta untuk bantu usaha menan...

Selanjutnya  

1 April 2020

Khazanah mengalu-alukan pelantikan Pengerusi dan A...

Selanjutnya  

9 Mac 2020

Tan Sri Mohd Hassan Marican berundur daripada Lemb...

Selanjutnya