Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

5 Mei 2021

Khazanah kembali ke pasaran sukuk USD, menetapkan harga bagi penawaran berjangka 5-tahun dan 10-tahun

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) telah berjaya menetapkan harga bagi penawaran sukuk terkini yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu sukuk bernilai nominal USD400 juta untuk jangka 5 tahun yang matang pada tahun 2026 serta sukuk bernilai nominal USD600 juta untuk jangka 10 tahun yang matang pada tahun 2031 (secara kolektif dirujuk sebagai “Sukuk”). Sukuk tersebut akan diterbitkan melalui sebuah syarikat tujuan khas yang diperbadankan di Labuan, Dua Capital Ltd (“Dua Capital”). Khazanah pertama kali menerbitkan sukuk dalam USD pada tahun 2016, bila mana ia menerbitkan sukuk yang distruktur bawah prinsip Wakalah.

Sukuk terbaru ini dilancarkan pada petunjuk harga awal 125 mata asas (“bps”) sepanjang tempoh 5 tahun hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat serta 150bps sepanjang tempoh 10 tahun hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat. Urus niaga tersebut telah menyaksikan permintaan tinggi di Asia, Eropah dan Timur Tengah, dengan harga langganan tertinggi yang dicatatkan kira-kira USD6.0 bilion ketika Khazanah menyemak semula panduan harga secara lebih ketat sebanyak 40bps dan 30bps, yang sekali gus berjaya menetapkan harga akhir Sukuk tersebut pada kadar keuntungan masing-masing sebanyak 1.658% dan 2.780%.

Sukuk tersebut, yang kedua-duanya distruktur bawah prinsip Wakalah yang disandarkan kepada saham dan komoditi patuh Syariah, bakal disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (di bawah Rejim Pengecualian) dan Singapore Exchange Securities Trading Limited (“SGX- ST”).

Ketua Pegawai Kewangan Khazanah, Faridah Bakar Ali berkata: “Permintaan luar biasa yang dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kedudukan kewangan Khazanah dan kemampuan kami untuk memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia. Penerbitan sukuk ini akan memanjangkan tempoh liabiliti kami sementara kami meneruskan usaha pengimbangan portfolio kami yang kini berlangsung.”

Hasil daripada penerbitan ini akan digunakan untuk pelaburan umum, pembiayaan semula pinjaman serta keperluan modal kerja Khazanah yang patuh Syariah.

CIMB, DBS Bank Ltd., J.P. Morgan, MUFG dan OCBC Bank bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama dan Pengatur Bersama Penempatan, sementara KFH Capital dan Warba Bank bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya  

25 Julai 2023

Permohonan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi K...

Selanjutnya  

13 Julai 2023

Syarikat Modal Teroka Global Antler Jalin Kerjasam...

Selanjutnya  

27 Jun 2023

Khazanah teraju platform pelaburan hijau untuk men...

Selanjutnya  

6 Jun 2023

Khazanah melabur dalam syarikat teknologi insurans...

Selanjutnya