Khazanah raih RM535.5 juta hasil daripada penempatan saham CIMB Group Holdings

15 April 2022

Hasil akan digunakan untuk pelaburan baharu, termasuk pelaburan bawah Dana Impak.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) telah berjaya melaksanakan penempatan 105 juta saham (1%) dalam CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) pada harga RM5.10 sesaham, sekali gus meraih kira-kira RM535.5 juta. Harga penempatan mewakili diskaun 3.4% pada harga penutup pasaran RM5.28 pada 13 April 2022.

Urus niaga penempatan saham tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Khazanah untuk mengimbangi semula portfolionya serta mengitar semula pelaburannya ke dalam aset baharu di Malaysia dan di luar negara, termasuk pelaburan baharu bawah Dana Impak.

Sejajar dengan strategi jangka panjang baharu Khazanah dalam memajukan ekonomi dan masyarakat tempatan bawah Memajukan Malaysia, Dana Impak bertujuan untuk memangkin bidang pertumbuhan baharu, membangun daya saing ekonomi Malaysia serta meningkatkan daya tahan sambil memacu hasil sosioekonomi utama negara.

Susulan daripada penempatan itu, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam CIMB dengan pegangan 24.7%.

Penempatan itu menyaksikan saham tersebut diagihkan kepada beberapa dana berkaitan kerajaan, pelabur institusi jangka panjang domestik dan asing, serta beberapa dana lain.

CIMB dan Credit Suisse adalah pengatur bersama penempatan saham tersebut.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Ke...

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja...

1 Mei 2025 Selanjutnya

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan...

14 Mac 2025 Selanjutnya

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024, prestasi kukuh ...

Khazanah terus mencipta nilai jangka panjang, memangkin inovasi dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi Sorotan 2024 Keuntungan RM5.1b daripada operasi Kadar Pulangan...

5 Februari 2025 Selanjutnya