Khazanah mengalu-alukan pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga baharu

1 April 2020

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) ingin mengalu-alukan pelantikan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah, serta pelantikan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Dato’ Mohammed Azlan Hashim sebagai ahli Lembaga Pengarah yang baharu.

Pelantikan tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada hari ini dan berkuatkuasa serta merta.

Khazanah menyambut baik pelantikan tersebut dan akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang baru dibentuk semula untuk terus memenuhi mandatnya sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Khazanah juga ingin mengumumkan peletakan jawatan YB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah, berkuatkuasa 25 Mac 2020.

Bagi pihak pengurusan dan kakitangan, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tun Dr Mahathir atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Pengerusi.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Ke...

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja...

1 Mei 2025 Selanjutnya

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan...

14 Mac 2025 Selanjutnya

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024, prestasi kukuh ...

Khazanah terus mencipta nilai jangka panjang, memangkin inovasi dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi Sorotan 2024 Keuntungan RM5.1b daripada operasi Kadar Pulangan...

5 Februari 2025 Selanjutnya