Memajukan Malaysia, untuk Jangka Masa Panjang

Khazanah Nasional Berhad adalah dana kekayaan berdaulat Malaysia. Diperbadankan sebagai syarikat awam terhad dengan saham pada 3 September 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1994, Khazanah dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Diperbadankan). ​

Pelaburan kami meliputi semua peringkat ekonomi Malaysia – daripada syarikat-syarikat tersenarai hingga ke sektor-sektor baru muncul, serta di persada antarabangsa merentas pasaran, kelas aset, sektor dan geografi.

Tujuan Kami

Melabur untuk menghasilkan nilai mampan bagi rakyat Malaysia

Dengan kedudukan sebagai penghubung antara Kerajaan, Sektor Swasta dan rakyat (komuniti) Malaysia, kami memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, dipacu oleh fokus dan strategi kami untuk Memajukan Malaysia. ​

Walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyampaikan pulangan terlaras risiko jangka panjang yang kukuh merentas portfolio kami, kedudukan kami yang unik dalam negara memberikan peranan yang lebih besar. Kami juga memainkan peranan dalam memangkin pertumbuhan sektor dan syarikat baru muncul dalam negara, menyumbang ke arah daya saing dan kemakmuran jangka panjang negara, dan membina komuniti yang lebih berdaya untuk semua. ​

Kesimpulannya, aktiviti dan pelaburan kami berpaksi ke arah memberikan impak berpanjangan ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik, secara bertanggungjawab.​

Memajukan Malaysia, untuk Jangka Masa Panjang

Empat Strategi Jangka Panjang Untuk Menjayakan Matlamat Kami
Strategi Jangka Panjang kami membimbing pemikiran dan tindakan kami, menyediakan panduan ke arah memenuhi tujuan kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Khazanah akan melaksanakan empat inisiatif utama bagi meraih hasil yang memberi impak
besar kepada negara melalui Memajukan Malaysia.

Dana Impak

Dana Impak merupakan komitmen pelaburan berjumlah RM6 bilion bagi tempoh lima tahun dalam sektor pemangkin yang bakal meningkatkan daya saing dan membina daya tahan negara. Pelaburan Dana Impak dilaksanakan berdasarkan enam tema berikut:

  1. Masyarakat Digital dan Hab Teknologi
  2. Jaminan Makanan dan Tenaga
  3. Pekerjaan Baik dan Mobiliti Sosial
  4. Kesihatan Berkualiti dan Pendidikan untuk semua
  5. Membina Ketahanan Iklim
  6. Persaingan di Pasaran Global

Pemain Korporat yang Aktif

Kami mengambil bahagian dalam pasaran modal Malaysia sebagai pemegang saham yang aktif, menggalakkan syarikat-syarikat pelaburan kami untuk mencipta nilai dengan meningkatkan (crowding-in) pelaburan swasta baharu dan memacu penambahbaikan kawal selia, sambil menggalakkan penggunaan teknologi termaju, memupuk inovasi dan menggalakkan amalan yang lebih mampan. Tindakan ini dijalankan dengan matlamat menyeluruh untuk memacu pasaran modal Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Pelabur Global

Pelaburan antarabangsa kami merangkumi pelbagai kelas dan pasaran aset. Kami menyelaraskan pelaburan ini secara strategik dengan megatrend global dan teknologi baru muncul, bagi mencapai matlamat berkembar iaitu mengembangkan nilai portfolio dan memudahkan aliran pengetahuan, rangkaian, dan peluang pelaburan baharu ke Malaysia.

Membina Kapasiti dan Masyarakat Berdaya

Membina kapasiti dan membangunkan masyarakat berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia melalui aktiviti-aktiviti kami dan juga melalui entiti gabungan kami seperti Yayasan Hasanah, Khazanah Research Institute, Taman Tugu, Think City, Yayasan Khazanah, Khazanah Megatrends Forum and Galeri Khazanah.

Nilai Teras Kami

Ia membimbing tingkah laku kami, membentuk budaya kami dan mentakrifkan kami sebagai sebuah organisasi, serta kaedah kami berurusan sesama sendiri, dengan rakan kongsi serta pihak berkepentingan.

Kami berpegang kepada
tanggungjawab

Kami menghormati perbezaan
pandangan

Kami menyokong antara
satu sama lain