Goh Ching Yin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah pada 31 Julai 2018.
beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Cranfield University dan mempunyai pengalaman luas dalam strategi, pembangunan dan pengawalseliaan pasaran modal, perbankan pelaburan, pembangunan perniagaan serantau, perundingan strategik, pemulihan korporat dan insolvensi serta pengauditan.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengerusi, Strategi dan Pembangunan, serta Pemantauan Pasaran di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sebelum itu, beliau memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan, termasuk Pengarah Urusan, Kewangan Korporat di BNP Paribas Group (Malaysia), Ketua Pegawai Eksekutif Southern Investment Bank Berhad dan Ketua Perwakilan BNP Peregrine Sdn Bhd. Beliau juga pernah memegang peranan penting di RHB Sakura Merchant Bankers Berhad, Kumpulan Renong dan Price Waterhouse Associates.
Beliau pernah menganggotai lembaga pengarah beberapa organisasi terkemuka, termasuk Maybank Investment Bank Berhad, Maybank Investment Holding Sdn Bhd, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, dan Allianz Malaysia Berhad.
Kini, beliau merupakan Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maybank Asset Management Singapore Pte Ltd dan Maybank Securities Pte Ltd, serta turut menganggotai lembaga pengarah Maybank Asset Management Group Berhad dan Shangri-La Hotels (Malaysia) Berhad.
