Tadbir Urus
Rangka Kerja Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko (FIGR) Kami
Diperkenalkan pada tahun 2004, Rangka Kerja Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko (FIGR) kami membimbing Khazanah dalam menguruskan risiko secara berkesan, serta memupuk budaya tadbir urus korporat dan pengurusan risiko yang kukuh dalam organisasi. FIGR memperincikan peranan pengawasan Lembaga Pengarah serta menggariskan parameter utama yang membimbing pelaksanaan strategi keseluruhan kami.
Piagam Lembaga Pengarah kami menetapkan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah. Bagi menyokong perkara ini, FIGR merangkumi Jadual Perkara bagi Lembaga Pengarah, Had Kuasa bagi Pengurusan, Dasar Pengurusan Risiko, serta dasar dan garis panduan lain yang berkaitan.
Sebagai sebahagian daripada amalan akauntabiliti, kami mematuhi keperluan pendedahan awam berkanun berkaitan pelaburan, pelupusan pelaburan serta aktiviti pemerolehan modal kami. Selain itu, kami membuat pendedahan yang sewajarnya berhubung prestasi dan operasi kami bagi memenuhi keperluan undang-undang dan kawal selia, serta secara sukarela kepada pihak berkepentingan utama kami.
Akaun kami diaudit oleh juruaudit luar bebas, serta penyata kewangan beraudit diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Data kewangan turut didedahkan kepada pemegang saham kami, Menteri Kewangan Diperbadankan. Kami juga menerbitkan penyata kewangan beraudit di laman web kami dan melalui penerbitan tahunan, termasuk Laporan Khazanah atau The Khazanah Report.
1SAA – Strategic Asset Allocation
2ALM – Asset and Liability Management
3K-3P – Khazanah Policies, Processes & Procedures
4ERM – Enterprise Risk Management
5ORM – Operational Risk Management
6BCM – Business Continuity Management
7Executive Committee
8Audit & Risk Committee
9Nomination and Remuneration Committee
Khazanah ESG FIGR
Our ESG FIGR is adopted to guide and govern our dual ESG objectives of Enterprise Sustainability (ES) and Sustainable Investments (SI).
Following the launch of our Sustainability Framework and medium-term targets in June 2022, the Environmental, Social and Governance FIGR (ESG FIGR) was developed to guide us in achieving our ESG targets. The framework was adopted by the Management Committee in May 2023 and highlights the management’s oversight on ESG matters including internal ESG policies and stewardship priorities, based on our ESG targets.
The Board has the ultimate responsibility and oversight for all sustainability matters, with the EXCO and ARC as the sub-committees that support the Board with key oversight over ESG initiatives. Further to this, the Management Committee and Investments Committee serve as the key platforms for deliberation and monitoring of our progress, while also functioning as a management-level approving authority.
The ESG FIGR ensures robust ESG risk management and compliance for both Sustainable Investing and Enterprise Sustainability. In 2022, we also developed the Shareholder Expectations and Investment Stewardship (SEIS) document, which clearly outlines our expectations towards our investee companies and our investment stewardship principles. It also includes our newly revised Voting Guidelines, which govern our voting at general meetings of listed companies.
As part of our efforts to maintain a high standard of transparency and accountability, we published the SEIS document and Sustainable Investment Policy, outlining our principles and commitments in relation to responsible investment and taking into account ESG factors. These guidelines complement our Investment Policy, which outlines our investment mandate, objectives and principles.
Komitmen terhadap Tadbir Urus Institusi yang Baik
Khazanah merupakan ahli IIC dan penandatangan Kod Malaysia bagi Pelabur Institusi 2022 (MCII 2022) yang kami sokong dan patuhi.
Secara umumnya, kami mendukung tujuh prinsipnya, serta Sorotan Pengawasan seperti yang digariskan dalam dokumen Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan (SEIS) kami.
Klik di sini untuk Pernyataan Pematuhan penuh kami.
Pernyataan Polisi Pencegahan Penipuan Khazanah
Piawaian Etika dan Kepercayaan Awam
Khazanah menegaskan tekadnya untuk menegakkan standard etika tertinggi dan menyokong inisiatif integriti Kerajaan Malaysia. Melalui komitmen ini, kami melindungi reputasi, memelihara kepercayaan awam dan memastikan sumber negara diuruskan secara bertanggungjawab demi manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Keterbukaan dan Perlindungan kepada Pemberi Maklumat
Kami menggalakkan budaya keterbukaan serta ketelusan dengan menyediakan saluran yang selamat dan sulit bagi warga kerja dan pihak berkepentingan melaporkan sebarang kebimbangan. Kami berusaha melindungi warga kerja daripada tindakan balas, serta memastikan perkara yang dilaporkan diselesaikan secara adil dan tepat pada masanya.
Pematuhan Undang-Undang dan Kawal Selia
Kami mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai, termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akta Syarikat, serta peraturan serta piawaian antarabangsa. Khazanah terus memperkukuh rangka kerja kami melalui penilaian risiko penipuan, kawalan pencegahan dan pengesanan, protokol penyiasatan, serta pemantauan berterusan.
Perlindungan Aset dan Tanggungjawab Negara
Khazanah komited untuk melindungi aset kami dan menjana nilai mampan kepada negara. Sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, kami menegakkan integriti, akauntabiliti serta ketelusan, dengan menyedari bahawa pengurusan risiko penipuan yang berkesan merupakan asas kepada pemeliharaan kepercayaan awam dan pelaksanaan dwimandat kami.
Polisi Toleransi Sifar
Kami menegakkan pendirian toleransi sifar terhadap penipuan, rasuah dan suapan. Komitmen ini terpakai kepada semua warga kerja dan anak syarikat, manakala pendirian tegas kami akan dipromosikan dan disampaikan kepada usaha sama, rakan dana, syarikat portfolio, serta semua pihak luar yang berurusan dengan kami.
Pencegahan Proaktif dan Barisan Pertahanan Pertama
Kami bertindak secara proaktif untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap penipuan. Semua warga kerja diharapkan untuk menegakkan standard integriti dan tingkah laku beretika tertinggi sebagai barisan pertahanan pertama. Tadbir urus, polisi dan kawalan kami memperkukuh kewaspadaan, meningkatkan akauntabiliti dan menerapkan tingkah laku beretika di seluruh organisasi.
Penerbitan Khazanah mengenai Integriti dan Antirasuah
Memperkenalkan “Achieving Adequate Procedures for Small and Medium Enterprises: Khazanah Perspectives.” (Mencapai Prosedur yang Mencukupi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana: Perspektif Khazanah).
Penerbitan ini memberi tumpuan kepada kesan Seksyen 17A Akta SPRM terhadap syarikat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang ingin melaksanakan “Tatacara Mencukupi” bagi mengurangkan potensi liabiliti jenayah.
Berdasarkan pandangan praktikal Khazanah, buku ini menawarkan strategi yang boleh dilaksanakan oleh PKS dalam menyesuaikan rangka kerja pematuhan mereka secara berkesan.
Klik butang di bawah untuk memuat turun PDF.