Program Pelatih Siswazah Khazanah (KGTP)
Program Pelatih Siswazah Khazanah atau Khazanah Graduate Trainee Programme (KGTP) direka untuk membangunkan bakat pada awal kerjaya melalui latihan berstruktur dan pendedahan di tempat kerja merentas bidang utama organisasi.
Pelatih akan ditempatkan dalam kerja yang serba pantas bagi menyediakan pendedahan luas kepada fungsi, industri dan inisiatif strategik.
Laluan Pengkhususan:
Pelaburan
Pelaburan merupakan teras perniagaan Khazanah sebagai dana kekayaan negara. Bahagian ini bertanggungjawab menilai peluang pelaburan, melaksanakan strategi penciptaan nilai dan menguruskan syarikat portfolio merentasi pelbagai kelas aset dan sektor. Tugasannya pelbagai dan membangunkan keupayaan teknikal teras dalam analisis kewangan, penilaian, penyelidikan, penilaian pasaran dan pemantauan portfolio. Dengan bekerjasama rapat dengan bahagian lain di seluruh organisasi serta pihak berkepentingan luar, Pelaburan memacu nilai portfolio bagi memajukan mandat jangka panjang Khazanah.
Penyelidikan
Penyelidikan Pelaburan bertanggungjawab menjana pandangan masa hadapan, analisis tematik dan penyelidikan sektoral strategik bagi menyokong keputusan pelaburan dalam Pasaran Awam dan Pasaran Persendirian. Pasukan ini menyediakan analisis mendalam dan kepimpinan pemikiran mengenai trend makroekonomi, tema baharu dan industri utama bagi membimbing strategi portfolio, peruntukan aset dan penjanaan urus niaga. Unit ini juga menyumbang kepada penglibatan berkaitan dasar dan inisiatif strategik dengan kerjasama pihak berkepentingan dalaman dan luar.
Strategi
Strategi bertanggungjawab membentuk strategi keseluruhan organisasi Khazanah dan memantau kemajuan berbanding keutamaan jangka pendek dan jangka panjangnya. Pasukan ini bekerjasama rapat dengan kepimpinan kanan untuk memacu penjajaran di seluruh organisasi, mengukuhkan kapasiti dan keupayaan organisasi, serta menyokong evolusi berterusan strategi Khazanah dalam melaksanakan mandatnya. Bahagian ini juga menyumbang kepada inisiatif strategik dan keutamaan merentas fungsi yang memerlukan penyelarasan di seluruh organisasi.
Kewangan
Kewangan memelihara kesihatan kewangan Khazanah dan memastikan pengurusan yang berkesan terhadap aset, modal dan sumber kewangannya. Sebagai penasihat yang dipercayai dan rakan strategik, bahagian ini menyediakan kepakaran kewangan, tadbir urus dan analitik merangkumi perancangan, pelaporan, perakaunan, perbendaharaan, cukai dan pengawasan operasi. Kewangan juga menyokong pelaksanaan pelaburan, mengoptimumkan pembiayaan dan kecairan, mengukuhkan kawalan kewangan, serta menerapkan pertimbangan kewangan, cukai dan kawal selia dalam pembuatan keputusan bagi menyokong mandat jangka panjang Khazanah.
GRC
Bahagian Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan (GRC) membantu membina daya tahan organisasi melalui pemantauan dan pengurusan berterusan terhadap risiko sedia ada dan risiko baharu. Bahagian ini terdiri daripada tiga bidang kepakaran utama: Tadbir Urus dan Risiko Korporat, Risiko Pelaburan, serta Audit Dalaman dan Penyiasatan.
Bagi KGTP 2027, bahagian GRC akan mengambil pelatih untuk pasukan Audit Dalaman dan Penyiasatan (IAI). Pasukan ini bertanggungjawab menyediakan barisan pertahanan ketiga dalam menyokong organisasi. Pasukan ini menjalankan audit dan penyiasatan dengan tujuan utama memberikan jaminan bebas bahawa tadbir urus, proses kawalan dalaman dan pengurusan risiko organisasi berfungsi seperti yang dikehendaki.
Perundangan
Pasukan Perundangan menyediakan perkhidmatan perundangan kepada unit perniagaan Khazanah dan berperanan sebagai rakan perniagaan yang dipercayai dalam semua hal perundangan di seluruh organisasi.
Syarat Kelayakan
Graduan baharu dengan PNGK minimum 3.0 / Kelas Kedua Atas / skor WAM 70% dan ke atas
Boleh mula bertugas segera pada 1 Oktober 2027
Proses Permohonan
Proses pemilihan kami direka untuk mengenal pasti calon yang mempunyai gabungan kemahiran, potensi dan nilai yang tepat. Proses ini merangkumi beberapa peringkat untuk menilai keupayaan dan kesesuaian anda dengan program.
Mohon sekarang
Mohon dan hantar CV anda
Peringkat Penilaian Dalam Talian
Peringkat Temu Duga Video Berakam
Peringkat Temu Duga Telefon
Peringkat Penilaian Akhir
Peringkat Temu Duga Akhir
Soalan Lazim (FAQ)
Kelayakan Dan Syarat
1. Siapakah yang layak memohon?
Warganegara Malaysia yang baru menamatkan pengajian atau berada dalam tahun akhir pengajian prasiswazah atau pascasiswazah digalakkan untuk memohon.
2. Bolehkah saya memohon jika saya sudah mempunyai pengalaman kerja?
Ya. Pemohon yang mempunyai pengalaman kerja sehingga dua tahun pada masa permohonan adalah layak.
3. Adakah terdapat syarat CGPA minimum atau syarat akademik?
Ya, CGPA 3.0 / Kelas Kedua Atas / Lulus ACCA / skor WAM 70% diperlukan.
Asas akademik yang kukuh amat dihargai, tetapi itu bukan satu-satunya perkara yang kami cari. Kami juga berminat dengan potensi kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah dan minat anda terhadap kerja yang berteraskan tujuan. Pemohon daripada pelbagai latar belakang akademik digalakkan untuk memohon!
Proses Pemilihan
1. Berapa lamakah tempoh masa bagi proses ini?
Proses pemilihan mungkin mengambil masa beberapa bulan selepas permohonan ditutup kerana setiap permohonan yang layak akan dipertimbangkan dan disebabkan bilangan calon yang ramai.
2. Adakah saya akan dimaklumkan jika saya tidak disenarai pendek?
Ya. Semua pemohon akan dimaklumkan tentang kemajuan mereka di setiap peringkat proses melalui e-mel. Walaupun anda tidak disenarai pendek kali ini, kami menggalakkan anda untuk terus berhubung dan meneroka peluang masa hadapan bersama Khazanah.
3. Bagaimanakah saya boleh membuat persediaan untuk penilaian?
Kami menggalakkan anda meneroka mandat dan tujuan Khazanah, merenung nilai peribadi anda dan mempertimbangkan program serta laluan yang paling sejajar dengan aspirasi anda.
4. Apakah kualiti yang dicari oleh Khazanah dalam diri calon?
Kami mencari individu yang berteraskan tujuan, ingin tahu dan komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Anda tidak perlu mempunyai semua jawapan; kami menghargai mereka yang bertimbang rasa, mudah menyesuaikan diri dan bermotivasi untuk berkembang sambil menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.
5. Bilakah tarikh tutup permohonan?
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2026. Proses pemilihan mungkin mengambil masa beberapa bulan selepas tarikh tutup, memandangkan setiap permohonan yang memenuhi syarat akan diteliti dan dipertimbangkan.
Penilaian
1. Apakah perkakasan dan perisian yang perlu saya meliki untuk peringkat penilaian?
Anda memerlukan komputer riba yang boleh diharap dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi. Melainkan dinyatakan sebaliknya, tiada muat turun perisian tambahan diperlukan untuk melengkapkan penilaian anda. Sambungan internet yang stabil dan persekitaran yang tenang amat disyorkan.
2. Bilakah tarikh akhir bagi setiap penilaian?
Tarikh akhir berbeza bergantung pada jenis penilaian dan garis masa permohonan anda. Semua tarikh akhir — melainkan dinyatakan sebaliknya — adalah mengikut waktu Malaysia (GMT +8). Sila pastikan penilaian anda dihantar sebelum tarikh akhir yang dinyatakan, kerana penghantaran lewat mungkin tidak diterima.
3. Saya belum menerima sebarang kemas kini atau pautan penilaian sejak saya memohon — apakah yang perlu saya lakukan?
Jika lebih daripada dua minggu telah berlalu sejak tarikh tutup permohonan dan anda belum menerima sebarang e-mel, sila semak folder spam atau junk anda sekiranya e-mel tersebut telah ditapis ke sana. Jika anda masih belum menerimanya, sila hubungi Pasukan Pengambilan di talent.acquisition@khazanah.com.my untuk penjelasan.
4. Bolehkah saya merujuk kepada sebarang sumber luar, termasuk kecerdasan buatan (AI)?
Tidak. Penggunaan alat AI, bimbingan luar atau sebarang bentuk bantuan semasa penilaian adalah dilarang sama sekali. Penilaian direka untuk mencerminkan kebolehan dan proses pemikiran anda sendiri. Sebarang pelanggaran dasar ini boleh menyebabkan anda hilang kelayakan.
5. Bagaimanakah temu duga secara langsung akan dijalankan jika saya berada di negara lain?
Bagi temu duga melalui telefon, sila berikan nombor WhatsApp aktif anda bagi memudahkan komunikasi. Jika anda tidak dapat menghadiri temu duga akhir secara bersemuka, sila maklumkan kepada kami lebih awal — kami akan berusaha sebaik mungkin untuk meneroka pengaturan alternatif yang sesuai.
Logistik dan Butiran Lain
1. Berapa lamakah tempoh program ini?
Program ini mempunyai tarikh mula wajib pada 1 Oktober. Program ini berlangsung selama 14 bulan, terdiri daripada 2 bulan latihan berstruktur wajib di dalam bilik darjah dan 12 bulan latihan sambil bekerja.
2. Adakah saya akan melalui proses penggiliran?
Program Pelatih Siswazah menawarkan gaji dan pakej faedah yang kompetitif, sejajar dengan standard pasaran. Anda juga akan mendapat akses kepada peluang pembangunan profesional, bimbingan mentor dan penyertaan dalam pengalaman pembelajaran berstruktur sepanjang program.
3. Bolehkah saya memohon semula sekiranya tidak terpilih pada tahun ini?
Ya. Kami mengalu-alukan permohonan semula untuk pengambilan akan datang sekiranya anda terus memenuhi syarat kelayakan.
Hubungi & Sokongan
1. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?
Anda boleh menghubungi pasukan Pengambilan Khazanah di talent.acquisition@khazanah.com.my.
Semua kemas kini dan pengumuman rasmi dikongsi melalui LinkedIn, Instagram dan laman web Kerjaya Khazanah.
