Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Memajukan Malaysia

PELABURAN BERMATLAMAT

Kami melabur secara berdisiplin dan berpandangan jauh untuk menjana pulangan kewangan yang mampan, sambil mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia. Dengan pelaburan merentas pasaran domestik dan global, kami menempatkan modal untuk mengembangkan aset strategik, memangkin sektor baharu dan meningkatkan daya saing negara. Berpandukan strategi Memajukan Malaysia, pelaburan kami menyokong pembaharuan ekonomi dan meletakkan negara pada kedudukan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan mampan serta bersedia menghadapi masa hadapan.

TENTANG KHAZANAH

Memajukan Malaysia

Kami beroperasi dengan mengimbangkan disiplin kewangan dan matlamat negara dengan melabur merentas sektor yang penting kepada pembangunan Malaysia, termasuk Peralihan Tenaga, Pendigitalan, Kesalinghubungan, Transformasi Firma dan Komuniti Berdaya.

Peranan kami bukan sekadar mengurus aset. Kami menempatkan modal di dalam dan luar negara untuk menjana pulangan kewangan yang mampan, sambil mengukuhkan daya saing negara, memangkin sektor pertumbuhan baharu dan membina daya tahan ekonomi.

Pendekatan kami berpandukan strategi Memajukan Malaysia, yang merangkumi penyertaan aktif dalam pasaran modal domestik, pelaburan bersasar dalam sektor pemangkin, kepelbagaian portfolio global serta usaha memperkukuh kapasiti institusi dan komuniti. Kami melabur secara berdisiplin dan berpandangan jangka panjang, disokong oleh tadbir urus, akauntabiliti dan pengurusan risiko yang bertanggungjawab.

Segala yang kami laksanakan adalah untuk rakyat Malaysia. Nilai yang kami wujudkan diterjemahkan melalui ekonomi yang lebih kukuh dan stabil, peningkatan taraf hidup serta komuniti yang terus berkembang. Pulangan yang dijana menyokong keutamaan negara, manakala pelaburan kami menyumbang kepada pembangunan industri masa depan, penciptaan peluang dan pengukuhan asas ekonomi Malaysia untuk generasi masa kini dan akan datang.

Our role extends beyond managing assets. We deploy capital both domestically and globally to generate sustainable financial returns while strengthening national competitiveness, catalysing new growth sectors and building economic resilience.

Our approach is guided by the Advancing Malaysia strategy, which brings together active participation in domestic capital markets, targeted investments in catalytic sectors, global portfolio diversification and efforts to strengthen institutional and community capacity. We invest with discipline and a long-term perspective, supported by governance, accountability and responsible risk management.

Everything we do is ultimately for Malaysians. The value we create is expressed through a stronger and more stable economy, improved standards of living and thriving communities. The returns we generate support national priorities, while our investments contribute to building future industries, creating opportunities and strengthening Malaysia’s economic foundations for current and future generations.

Nilai Teras Kami

Nilai teras kami membimbing kami dalam tingkah laku, membentuk budaya dan mendefinisikan kami sebagai sebuah organisasi, termasuk cara kami beroperasi dengan satu sama lain, bersama rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

Kami berpegang kepada tanggungjawab

Menyampaikan hasil secara beretika

Kami menghormati perbezaan pandangan

Mendapat nilai daripada pelbagai idea dan pendapat

Kami menyokong antara satu sama lain

Memahami keutamaan dan keadaan orang lain

What are you looking for