Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Amaran Penipuan

Amaran terhadap aktiviti penipuan yang menggunakan nama, logo dan identiti Khazanah Nasional

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) ingin memberi amaran kepada orang ramai tentang aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama, logo dan penjenamaan Khazanah bagi memperdaya individu, terutamanya melalui platform media sosial dan aplikasi pemesejan segera.

Kami telah dimaklumkan mengenai akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Khazanah, termasuk halaman atau profil yang menggunakan nama, logo, skema warna atau elemen jenama kami yang lain untuk kelihatan sah. Akaun palsu ini mungkin cuba memperdaya individu agar menyertai skim pelaburan palsu atau menerima komunikasi yang mengelirukan. Kami juga menerima maklumat mengenai cubaan pihak penipu menyalahgunakan imej dan identiti kepimpinan kanan kami bagi mempromosikan peluang pelaburan palsu melalui aplikasi pemesejan segera.

Khazanah ingin menegaskan bahawa kami tidak menawarkan sebarang skim dan khidmat nasihat pelaburan kepada orang awam, dan kami tidak meminta dana, bayaran atau maklumat peribadi daripada orang ramai. Kami menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang iklan, mesej, laman web atau akaun media sosial mencurigakan yang menggunakan nama Khazanah, serta tidak memberi maklum balas, berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili Khazanah dalam menawarkan skim atau peluang pelaburan.

Sekiranya anda menerima sebarang kandungan atau komunikasi yang kelihatan mencurigakan atau tidak selaras dengan saluran rasmi kami, sila hubungi kami dengan segera di info@khazanah.com.my.

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan disahkan mengenai Khazanah, sila rujuk laman web rasmi kami, www.khazanah.com.my, serta akaun media sosial rasmi kami di Facebook, LinkedIn dan Instagram.

Khazanah akan terus memantau perkara ini dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membendung aktiviti penipuan sedemikian. Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan hanya bergantung kepada komunikasi rasmi daripada Khazanah. 

What are you looking for