Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ialah dana kekayaan negara Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993, dan dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Diperbadankan). Kami diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mencipta nilai yang mampan dan berkekalan melalui pelaburan yang bermatlamat. Sebagai penjaga aset negara yang bertanggungjawab dan berpandangan jauh, Khazanah melabur secara berdisiplin merentasi sektor strategik dan pemangkin di dalam dan luar negara, sambil membentuk portofolionya secara aktif untuk memperkukuh daya tahan, daya saing dan pertumbuhan masa hadapan.
Melangkaui pulangan kewangan, Khazanah komited untuk membina kapasiti, menyokong pembangunan yang terangkum dan memupuk komuniti yang berdaya maju bagi memastikan nilai yang dicipta memberi manfaat kepada Malaysia dan rakyatnya pada hari ini, dan generasi akan datang.
Pelaburan Bermatlamat
Matlamat pelaburan kami adalah untuk membina industri yang berdaya tahan, memperkukuh keupayaan negara dan memacu pertumbuhan jangka panjang demi Malaysia
Pengurusan yang Bertanggungjawab
Kami mengamalkan disiplin, tadbir urus dan perspektif jangka panjang dalam memperuntukkan modal secara bertanggungjawab serta menjana nilai yang mampan.
Untuk Malaysia Dan Rakyatnya
Hasil usaha kami diterjemahkan kepada impak yang nyata kepada rakyat Malaysia melalui ekonomi yang lebih kukuh, peluang yang lebih baik dan kemakmuran bersama.
Purpose Driven Investor
We invest with purpose to build resilient industries, strengthen national capabilities and enable long-term growth for Malaysia.
Responsible Stewardship
We apply discipline, governance and a long-term lens to allocate capital responsibly and deliver sustainable value.
For Malaysia And Its People
Our work translates into tangible outcomes for Malaysians through stronger economies, better opportunities and shared prosperity.