Laporan Khazanah
Laporan Khazanah 2025
Pelaburan Bermatlamat Demi Rakyat Malaysia
Laporan tahun ini bertemakan “Pelaburan Bermatlamat Demi Rakyat Malaysia.” Ia menggambarkan dwimandat Khazanah sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia yang menghasilkan pulangan kewangan yang mampan di samping menyumbang kepada pembangunan jangka panjang Malaysia. “Pelaburan Bermatlamat” bermaksud meletakkan modal bukan sahaja berasaskan pertimbangan kewangan, tetapi juga berasaskan hasil yang dijana untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar.