Sebagai pelabur jangka panjang, peranan Khazanah melangkaui prestasi portfolio kepada pembangunan komuniti yang lebih luas di seluruh Malaysia.
Kami berusaha melalui entiti pelaksana kami untuk memperkukuh impak sosial, meningkatkan kualiti hidup dan menyokong pembangunan komuniti yang inklusif dan berdaya tahan.
Pendekatan kami memberi tumpuan kepada pembentukan ekosistem yang menyatukan pihak berkepentingan awam, swasta dan komuniti. Melalui inisiatif yang merangkumi pembangunan bandar, pemuliharaan alam sekitar, penyelidikan dan ruang budaya, kami menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup sambil memperkukuh asas sosial dan ekonomi Malaysia.
Usaha ini dilaksanakan melalui platform khusus yang beroperasi di persimpangan dasar, libat urus komuniti dan pembentukan tempat, dengan setiap satunya menyumbang kepada masyarakat yang lebih terhubung dan berdaya.