Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Datuk Azian Mohd Aziz

Pengarah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan Pengerusi Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC)

Datuk Azian Mohd Aziz telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah berkuatkuasa 26 Jun 2019. Beliau kini merupakan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, yang menjadi pengamal guaman di Tetuan Mohamad Hanafiah Zakaria yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara pada 1 Oktober 1987. Beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang kerjaya beliau, termasuk sebagai Penasihat Undang-undang Kementerian Pengangkutan, Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat dan juga Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara, Penolong Kanan Penggubal, Bahagian Gubalan dan Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan.


Pada tahun 2009, beliau dilantik menjadi Setiausaha Perbadanan di Perbadanan Putrajaya (“PPJ”) dan pada tahun 2010, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (“ILKAP”) di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah dilantik sebagai Peguam Cara Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal) I, Jabatan Peguam Negara, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara dan Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sejak 16 Disember hinggalah 26 Jun 2023.


Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah di pelbagai entiti seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”), Litar Antarabangsa Sepang, Amanah Raya Berhad, Amanah Raya Trustees, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Institut Jantung Negara dan Syarikat Prasarana Nasional Berhad dan juga Lembaga Penasihat Institut Latihan Islam Malaysia (“ILIM”). Datuk Azian merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undangundang (LL.B) (Kepujian) daripada Universiti Malaya.  

What are you looking for