Wong Kang Hwee dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah berkuat kuasa pada 5 Disember 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai akauntan dalam amalan awam dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan jaminan dan khidmat nasihat.
Sepanjang kerjayanya yang panjang, beliau memperoleh pengalaman dalam pelbagai industri, melibatkan firma swasta kecil hingga syarikat awam besar. Pengalaman beliau merangkumi sektor pembuatan, perbankan, pembrokeran saham, perhotelan, pembangunan hartanah, pegangan pelaburan dan kejuruteraan awam. Selepas bersara, beliau berkhidmat sebagai penasihat dan perunding dalam bidang pegangan pelaburan, perkhidmatan kewangan dan hartanah.
Beliau memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dari Universiti Leeds, United Kingdom, dan merupakan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales, Institut Akauntan Malaysia serta Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia. Beliau turut berkhidmat sebagai pengarah di pelbagai syarikat sendirian berhad.
