Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim Pelaburan Palsu

Share this on

Jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan, berhenti dan semak dahulu — ia mungkin suatu penipuan.

 KUALA LUMPUR, 23April 2026 – Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”)memaklumkan bahawa terdapat kegiatan penipuan oleh pihak tidakbertanggungjawab yang menyalahgunakan nama, logo dan identiti Khazanah untukmemperdaya orang ramai. Kegiatan ini dikesan berlaku terutamanya melaluiplatform media sosial dan aplikasi pesanan segera seperti Telegram.

Pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar di sebalik akaun palsu ini cubamemperdaya orang ramai menyertai skim pelaburan tidak wujud, di sampingmenyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan Khazanah. Terdapat juga kes dimana pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan imej dan identiti kepimpinanKhazanah untuk mempromosikan pelaburan palsu.

Ketua, Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan Khazanah Nasional, Dato’ SuhanaDewi Selamat berkata, “Khazanah tidak pernah menawarkan sebarang skimpelaburan kepada orang ramai. Kami juga tidak menyediakan platform atauperkhidmatan pelaburan kepada mana-mana individu. Sebagai pelabur institusi,peranan kami adalah melakukan pelaburan jangka panjang untuk negaraberteraskan hala tuju ‘Memajukan Malaysia’, dengan fokus pelaburan berdisiplin danpengurusan bertanggungjawab.”

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membalas sebarang mesejyang mencurigakan, tidak berkongsi maklumat peribadi, dan tidak melakukansebarang aktiviti pembayaran kepada mana-mana individu atau entiti yangmendakwa mewakili Khazanah.

“Mana-mana pihak yang mendakwa mewakili Khazanah dan menawarkan pulanganpelaburan adalah suatu penipuan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambiltindakan undang-undang yang sewajarnya dan bekerjasama rapat bersama pihakberkuasa terhadap mereka yang menyalahgunakan nama serta identiti Khazanah”,tambah Suhana.

Sekiranya orang ramai menerima sebarang kandungan yang mencurigakan danbukan melalui saluran-saluran rasmi Khazanah, mereka digalakkan untukmenghubungi Khazanah di info@khazanah.com.my bagi tujuan pengesahan.

Untuk maklumat rasmi, orang ramai dikehendaki merujuk laman sesawangKhazanah di www.khazanah.com.my atau akaun media sosial di Facebook,Instagram dan LinkedIn.

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

Khazanah Nasional Berhad Umum Penerima Khazanah Wolfson Press Fellowship 2026 

What are you looking for