Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Kenneth Woo

Ketua, Asia Utara

Kenneth adalah Ketua Pasaran Swasta (Asia Utara), berpangkalan di pejabat Khazanah di Shanghai, China. Beliau mempunyai lebih 24 tahun pengalaman profesional dalam pelaburan dan khidmat nasihat kewangan korporat, di mana lebih 17 tahun berkaitan pelaburan di China merangkumi sektor internet dan teknologi, pembangunan lestari, perkhidmatan kewangan, infrastruktur, pendidikan dan pengguna. Kenneth menyertai Khazanah pada tahun 2008 berbekalkan pengalaman kira-kira 7 tahun dengan sebuah firma penasihat terkemuka khusus dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dan khidmat nasihat pembiayaan projek serta kewangan korporat dan penswastaan. Beliau adalah pemegang piagam CFA dan juga seorang Akauntan Bertauliah yang diiktiraf dari CPA Australia serta Akauntan Berkanun di bawah Institut Akauntan Malaysia (MIA). Kenneth memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (dwi pengkhususan dalam Perakaunan & Kewangan) dari University of Technology, Sydney, Australia.

What are you looking for