Aaron Chandrasakaran menyertai Khazanah pada Jun 2026. Beliau membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang perbankan pelaburan dan sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan, Ketua Liputan Perbankan Pelaburan Asia Pasifik di Jefferies, Hong Kong. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan, Ketua Perbankan Pelaburan di Citigroup Investment Banking, Hong Kong.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pembentukan modal swasta dan awam serta khidmat nasihat strategik, di samping rangkaian serantau yang kukuh dengan syarikat korporat dan keluarga perniagaan terkemuka, dana kekayaan berdaulat serta pengurus aset.
Aaron memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari University of Pennsylvania dan menamatkan pengajiannya dengan kepujian tertinggi (summa cum laude). Sebagai seorang pemuzik klasik terlatih, beliau memperoleh Diploma Fellowship of Trinity College London (FTCL) dalam Persembahan Violin dan pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pelbagai festival muzik, termasuk bersama Asian Youth Orchestra.