Jason Goh menyertai Khazanah pada tahun 2021 dan mengetuai aktiviti pelaburan di Amerika Utara. Beliau telah berkhidmat dalam peranan kepimpinan di kedua-dua sektor swasta dan awam, yang paling terkini sebagai Timbalan Ketua Turus kepada bekas Datuk Bandar New York, Bill de Blasio. Jason mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam ekuiti persendirian dan kewangan korporat di Morgan Stanley, Usaha Tegas, TIME dotCom Berhad dan UEM Group Berhad. Jason memiliki Ijazah B.Sc. dari University of Southampton dan MBA dari Wharton School.