Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi Khazanah berkuatkuasa 3 Januari 2023. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 dan jawatan Menteri yang lain, termasuk Menteri Pendidikan, serta Menteri Pertanian, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.