Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

Kenyataan Khazanah tentang Ketua Pegawai Eksekutif baharu Malaysia Airlines 

Share this on

 Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), pemegang saham tunggal Malaysia Aviation Group Berhad (“MAG”), telah meluluskan pelantikan Peter Bellew sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) MAG dan Malaysia Airlines Berhad (“MAB”), berkuatkuasa 1 Julai 2016. Pelantikan tersebut telah dibincangkan dan diputuskan di mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 21 Jun 2016. 

Pelantikan Bellew telah dibuat selepas muktamadnya proses penggantian kepimpinan yang dilaksanakan oleh Khazanah di MAB, dengan kerjasama Lembaga MAB dan Kerajaan. 

Bellew, yang kini merupakan Ketua Pegawai Operasi MAB (“COO”), telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines. Pelantikan beliau akan memastikan kesinambungan dan kemajuan pelaksanaan 12 perkara penting bawah Pelan Pemulihan MAS (“MRP”) yang berjangka masa lima tahun yang dilancarkan oleh Khazanah pada 29 Ogos 2014. Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO, tugas utama Bellew adalah untuk meneruskan pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines serta mempersiapkan barisan kepimpinan pengganti di kalangan warga tempatan di MAB. 

Sejak dilancarkan 22 bulan lepas, pelaksanaan MRP kini telah melepasi kira-kira satu pertiga daripada tempoh lima tahun yang ditetapkan, mengikut jadual serta berada pada landasan yang betul dan berjaya mencatatkan beberapa tanda kemajuan awal setakat ini. Dalam hal ini, Khazanah bekerjasama rapat dengan Lembaga, pengurusan kanan, serta para pekerja MAB sementara Kerajaan pula akan terus menyokong dan memacu penyusunan semula Malaysia Airlines bagi mengemablikannya di landasan keuntungan yang mampan. 

Berita Terkini

Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

Khazanah Menamakan Umar Sharif dan Fauzan Fuad sebagai penerima Program…

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

What are you looking for