Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah 

Share this on

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Pelantikan itu dibuat pada mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-80 pada 15 September 2016. 

Datuk Johari kini adalah Menteri Kewangan II. Sebelum menyandang jawatan tersebut pada 27 Jun 2016, Datuk Johari merupakan Timbalan Menteri Kewangan. Datuk Johari memulakan kerjayanya di firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick & Co. (kini dikenali sebagai KPMG) sebagai juruaudit. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan kanan di beberapa syarikat tersenarai awam serta menyandang jawatan Pengarah Urusan di beberapa syarikat yang terlibat dalam industri makanan dan minuman, pertanian serta pembuatan. 

Datuk Johari kini juga merupakan Pengerusi Yayasan Bena Nusa yang ditubuhkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan bandar serta meningkatkan tahap pendidikan bagi kanak-kanak daripada golongan miskin bandar. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemakanan Negara di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Beliau berkelulusan Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi MARA dan merupakan seorang akauntan bertauliah di bawah Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA). 

Berita Terkini

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Dana Impak oleh Khazanah Membina Momentum dengan Pelaburan RM2.6 Bilion…

Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

What are you looking for